Saturday, June 30, 2012

APAM POLKA DOT UNTUK "MEETING"

Seorang sahabat call, " ko tolong aku buatkan apam polka dot untuk aku meeting esuk.". Emmm.....short notice da.....sib baik tak sibuk bolehlah memenuhi permintaan sahabatku itu.




Friday, June 29, 2012

KUAH ROJAK TERBAEKKKK

Assalamualaikum sahabat kusekalian. C'Manis melebarkan sayap perniagaan dengan mengedar Kuah Rojak terbaek abad ini. Mari cuba mari rasa. Boleh hubungi saya bila-bila masa bagi medapatkan kuah rojak berkenaan.



KUAH ROJAK

Wednesday, June 27, 2012

HARI KEUSAHAWANAN SMKSSAAS - 27 JUN 2012

Alhamdulillah  buat pertama kalinya belajar berniaga dikhalayak. Biasanya hanya menerusi FB, email & calling-calling dari sahabat. Macam mudah, tapi itu semua harga yang terindah. Hanya ini bakti yang dapat kuberikan buat sekolah yang pernah ku belajar dahulu. Berbangga kerana menjadi bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Salihuddin Abdul Aziz Shah.

Bersama jualan.....pengalaman pertama

Jualan menanti untuk dibeli....
CHOCOLATE CAKE MOIST.....
TERHANGAT DI PASARAN- "K" POP CHOC

MINI PIZZA & SWISS ROLL ANEKA

Tuesday, June 26, 2012

SIBUK MENJELANG JUALAN DI SEKOLAH

Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan baik setakat ini. Semalam dan hari ini sibuk menyiapkan untuk jualan Hari Keusahawanan di Sekolah. Rasa berbangga...hanya ini bakti yang dapat diberi buat bekas sekolahku dahulu. Aku mewakili bekas pelajar dan kawan-kawan yang pernah bersekolah sejak tahun 1982-1986. Semuga usaha murni begini dapat diteruskan dari masa kesemasa dan terus mendapat sokongan dari rakan-rakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Salihuddin Andul Aziz Shah.

Bagi yang berkesempatan dan jika berada di sekitar Shah Alam mohon singgah sebentar menjenguk kami disekolah ya.....meriahkan suasana macam kita bersekolah dolu-dolu....


ACARA  : HARI KEUSAHAWANANVENUE : SEKOLAH MENENGAH SULTAN SALIHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SEKSYEN 2, SHAH ALAMMASA : 8.30AM - 2.30PM



Sunday, June 24, 2012

SWISS ROLL STRAWBERYY

Hasil "blog walking" malam sebelumnya bertemu dengan resepi swiss roll strawberry dari blog http://resipicitarasawan.blogspot.com/2012/02/strawberry-swiss-roll.html. Terimakaseh buat tuanpunya blog di atas resepi dan cara-cara membuatnya sekali. Cantek kan....berminat....leh "oda saja"....


Akhirnya berjaya menghasilkan juga swiss roll...
Strawberry dilihat dari dekat
TADAA.......buleh dijual terus. Dah ada tuannya..

Saturday, June 23, 2012

HARI KEUSAHAWANAN SMSSAAS

|Assalamualaikum sahabat bekas pelajar SMSSAAS. Hari Keusahawanan akan berlangsung pada 27/06/2012 nanti. Kalian semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.

HAR KEUSAHAWANAN SMSSAAS - 27/6/2012
JAM 8.30am - 2.30pm



RALAT : TERDAPAT KESILAPAN PADA TARIKH DI FLYERS HARAP MAKLUM

SWISS ROLL

SWISS ROLL (RM10.00 & RM15.00)


C'MANIS  akan memperkenalkan terus Swiss Roll dengan pelbagai perasa & rupa dari masa kesemasa. Boleh dimakan bila-bila masa. Juga boleh dibuat buah tangan untuk diberi kepada rakan taulan.

Thursday, June 21, 2012

Cream Puff, Choc Cake & RVC

Alhamdulillah untuk tempahan & terimakseh buat Pn Aida, Pn Fida & Pn Azie. Semuga menepati citarasa anda sekalian & berharap ada tempahan lagi di masa hadapan....
CREAM PUFF
CHOC CAKE
RVC BIRTHDAY CAKE

Sunday, June 17, 2012

Berhujung minggu......

Waktu untuk beristirehat hari ini selepas penat dan sibuk menyiapkan tempahan rakan dan urusan anak-anak. Sambil berehat menjenguk blog sahabat disamping menjenguk resepi-resepi terkini. 

Minggu hadapan nak tumpukan untuk permintaan sahabat terhadap "CREAM PUFF" & "TARTS". Berminat......nantikan kemunculannya, pasti menggamit untuk mencoba. Tunggu ya......Kalau stok durian ada, bulehlah saya mencuba untuk buatkan filing durian kan......emmmmmmmm

Cream Puff

Saturday, June 16, 2012

TEMPAHAN RAKAN MINGGU INI....

Tq Irma & Izha & frens
Order from Irma & Azie
Order from Azie & Michelle

Tq Dinie