Tuesday, June 18, 2013

KEK KAROT BADAM (ALMOND CARROT CAKE)

Lewat tahun lepas mengikuti kelas kek dan biskut anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Selangor. Antara yang paling menjadi kegemaran saya dan pelanggan saya kini adalah kek karot badam. Rasanya cukup lembut dan gebu disetakan dengan taburan badamnya yang merata.

Bagi yang tidak menggemari krim cheese maka ini pilihan kek  karot yang sesuai. Hanya ditaburi kepingan badam.



Monday, June 17, 2013

TAPAI UBI WARISAN NINDA

Tapai Ubi kini boleh diperolehi di C'Manis. Permintaan amat menggalakkkan. Alhamdulillah air tangan seorang saudara membuahkan hasil yang mana begitu digemari.  Rasanya yang sungguh sedap bila dimakan sejuk-sejuk.

Tapai Ubi - RM2.00/sebekas

Thursday, June 13, 2013

KEK KURMA LEMBAP C'MANIS

Buah kurma kini mudah didapati dimana sahaja. Tak semestinya di bulan Ramadhan sahaja. Pastinya peminat kek pun tak ketinggalan untuk mencuba membuat kek menggunakan bahan tambahan dengan buah kurma ini. Sudah tentu berbagai versi dan rasa akan diperolehi. Bagi pihak C'Manis, ini resepi turun temurun. Resepi istimewa dari ninda tercinta. Saya mengharapkan para pelanggan C'Manis dan penggemar kurma akan menyukai kek kurma lembap hasil tangan C'Manis




Tuesday, June 11, 2013

Kelas Aneka Kek - 8/6/2013

Alhamdulillah dalam sibuk-sibuk anak-anak nak mulai persekolahan masih ada yang menyertai kelas kek tempohari. Kelas bermula dari jam 10.30pagi  dan berakhir lebih kurang jam 12.30tengahari. Antara yang hadir pasangan mak saudara dan anak buah. Begitu berminat untuk mengetahui cara-cara membuat kek dengan baek dan betul.

Kek Coklat Marble

Almond Carrot Cake

Chocolate Moist Cake

Pasangan mak saudara dan anak buah

Friday, June 7, 2013

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Pejam celik pejam celik sekejap cuti dua minggu bagi anak-anak bercuti. Tak sedar waktu yang berlalu begitu pantas. Begitu pantas juga kerja-kerja yang dijalankan di C'Manis. Untuk hujung minggu ni memenuhi permintaan pelanggan untuk majlis harijadi dengan chocolate ball C'Manis. Pn Ila nak buat makan-makan dirumah dengan menempah kek marble kesukaan keluarga. Harap semua berpuas hati dan selamat berhujung minggu....

"CHOC BALL C'MANIS"- RM1.00/2pcs

KEK MARBLE - RM15.00/pc

Thursday, June 6, 2013

KEK CAWAN MOIST UNTUK "DOOR GIFT"

Lewat petang kelmarin, Pn. Aida dari MSU sempat singgah di C'Manis dan membuat tempahan untuk "door gift" untuk majlis adindanya di Johor. Atas perbincangan dan persetujuan bersama maka terhasillah seperti di foto berikut.




Tuesday, June 4, 2013

RED VELVET CHEESE BROWNIES

Red Velvet kek atau Kek Baldu Merah memang biasa dibuat atas permintaan pelanggan. Untuk versi Brownies ni, merupakan kali pertama membuatnya . Terimakaseh buat sahabat alamaya.http://spicesjourney.blogspot.com/2013/05/red-velvet-cheese-brownies.html yang sudi memberikan resepinya. Alhamdulillah untuk hasil yang pertama kali membuahkan hasil yang memuaskan.Trimakseh buat Pn Sheila pemilik "spicesjourney" yang bermurah hati memberikan resepinya untuk ditonton dan diikuti.




Monday, June 3, 2013

ANEKA BUN

Minggu baru di bulan yang baru. Sudah pun masuk ke bulan Jun. Detik waktu yang berlalu begitu pantas sekali. Untuk minggu baru ni produk BUN seperti biasa akan di proses mula....Kerja..kerja..kerja dan kerja...

BUN CHICKEN FLOSS

BUN SOSEJ

BUN KACANG MERAH

DONUT GEBU C'MANIS

ROTI KOPI

Saturday, June 1, 2013

CUTI SEMPENA KEPUTERAAN RASMI BAGINDA

Sempena cuti Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV Almu'Tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, seperti biasa sibuk di C'Manis menyiapkan tempahan rakan. Alhamdulillah semuanya dapat dilaksanakan tepat pada waktu yang dijanjikan. Terimakaseh buat pembantu yang bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan baik.

Terimakaseh buat saudara Zainudin Suleiman & Pn Ella untuk tempahan kek harijadi 6 in 1. Hehehehe...semuga bergumbira menyambut harijadi beramai ramai.

Kek Harijadi 6 in 1


Terima kaseh jua buat saudara Sharol Azam dan isteri di atas tempahan untuk sambutan harijadi anakandanya.
Siap mengikut waktunya....

Cream Puff, Mini Choc Cips Muffin, Apam Polka Dot & Choco Ball

Quinche Mushroom Chicken & Mini pizza