Saturday, July 20, 2013

SEPARUH JIWAKU PERGI.....

Waktu yang ditetapkan telah tiba. Anakanda Wan Muhammad Izha berangkat ke Australia demi melanjutkan pelajaran dan mencapai cita-citanya. Hati ibu mana yang tidak sedih bila terpaksa berpisah dengan anak kan. Demi pelajarannya, mama merelakan. Doa mama kan sentiasa mengiringimu. Semuga ia akan terus dapat  melakukannya dengan cemerlang umtuk ilmu dunia & akhirat.

Berbuka di balai berlepas sebelum abang berangkat

Kenangan sebelum abang berangkat...

Buah hati "MAMA"

Abang dan Ika & Syafiq

Nak juga anak dara berdua ni,,,,

Wednesday, July 17, 2013

CINNAMON ROLLS

Sudah lama berhajat untukmencuba membuat cinnamon roll ni. Apakan daya ada saja yg menghalang dan membataskan untuk mecuba. Alhamdulillah hari ini berjaya mencubanya & pelanggan C'Manis nampaknya buleh menerimanya.

Lankah 1 - Taburkan gula, serbuk kayu manis & buahan campuran

Langkah 2 - Gulungkan doh dan dipotong 

Langkah 3 - Setelang dipotong "doh" direhat sebentar

Langkah Akhir - Siap dibakar & di "glaze" apricot

Tuesday, July 16, 2013

SEMPERIT C'MANIS & DAHLIA C'MANIS

Serupa tapi tak sama......semperit dan dahlia. Bila saya amati resepinya sama takde beza cuma bentuknya sahaja yang berbeza, Emmmm....apa kata pakar agaknya. Apapun C'Manis tetap terus menerima tempahan semperit & dahlia ni. Meh kita tenguk bentuk dan rupanya...

Semperit dengan taburan coklat urai berwrna warni

Semperit ada yg minat "kosong" tanpa warna warni
Susunan dlm balang tinggi - RM20.00 aje

Biskut Dahlia dalam pembikinan...Sebalang RM22.00 aje


Monday, July 15, 2013

TART NENAS C'MANIS.....ayuhhhh tempahan terus diterima...

Alhamdulillah Tart Nenas C'Manis mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sejak dari sebelum menjelang Ramadhan lagi tempahan sudah mulai diterima. Tempahan maseh terus dibuka sehingga malam Syawal InshaAllah.....Apapun buleh hubungi saya terus ya ditalian C'Manis.

Barisan yang gebu, halus dan cair dimulut...

Sebalang RM22.00/  65keping

Saturday, July 13, 2013

KEK BUAH C'MANIS

Kek Buah bagi saya adalah kek sepanjang tahun. Permintaan terhadap kek buah tidak hanya waktu Hari Raya sahaja. C'Manis bersedia menerima  tempahan untuk kek buah ini pada bila-bila masa sahaja. Untuk tahun 2013 ini C'Manis datangkan khas kek buah ini bersama bekas istimewa ini.

Kek Buah sempena Aidil Fitri datang bersama bekas hanya RM15.00 sahaja.