Friday, July 11, 2008

TART NENAS


Sumber: MPB - My Kitchen Is Burning/ The Baker’s Place
Bahan-bahannya:
525 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
60 gm gula castor
375 gm butter
3 biji kuning telur
1 tbsp esen vanila

Cara-caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius.
2. Masukkan bahan kering kedalam mesin, gaul rata.
3. Masukkan butter dan gaul rata lagi.
4. Dengan membuat lubang di tengah adunan, tuangkan kuning telur dan esen vanila dan gaul lagi sampai sebati.
5. Leperkan adunan diatas papan gulung dan terap menggunakan penggulung bergigi. Potong memanjang dan isikan inti nenas.
6. Susun di atas dulung pembakar, lining with baking sheet. Sapukan kuning telor pada atas kuih.
7. Bakar dalam ketuhar sekurang2nya 20-25mins atau sehingga kekuningan.
8. Apabila masak, keluarkan loyang dan sejukkan sebelum dialih ke telap kedap udara.

Inti Nenas:
3/4 biji nenas, dibuang mempulur tengahnya dan parut.
4 cawan gula pasir
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih
Sedikit serbuk pewarna kuning

Cara-caranya:
1. Toskan nenas yang telah diparut. (boleh gunakan food processor dan ambil ampas nenasnya)
2. Didalam periuk non-stick, masukkan nenas, gula, kayu manis & bunga cengkih diatas api yang kecil.
3. Masak nenas hingga hingga kering. Sentiasa kaup balikkan nenas ini supaya tidak hangus dibahagian bawahnya.
4. Taburkan sedikit pewarna kuning pada sesedap mata yang memandang.
5. Apabila sudah betul2 kering, tutup api dan sejukkan.
6. Boleh disimpan di dalam freezer hingga bila waktu yang ingin digunakan.

Biskut Sarang Semut



(Resepi post kendian erk...)

KEK COKLAT

Emmm yummmy Kek Coklat. Member sebelah ofis buat majlis perpisahan untuk rakan yang akan bertukar.


OLE-OLE KEK CAWAN

Ini tempahan terbesar kuterima untuk wedding kawan adik. Aduh...duh...leh tahan gak nak menghabiskan tempahan 1000 biji. Sib baiklah ada pembantu2 yang bermurah hati untuk membantu yang hanya mendapat upah makan tengahari. He..he....Nasi Beriyani tau....

LONTONG NENDA

Bagi keluarga kami yang berketurunan Jawa ini makan utama di pagi Raya adalah LONTONG. Kalau tak adalah lontong nie rasa cam tak lengkap jerk raya tu. Ini baru dikatakan lontong yang bermaksud beras yang dibungkus kedalam daun pisang seharusnya berbentuk memanjang atau seperti bungkus nasi lemak. Berikut langkah demi langkah membuat lontong.***Gambar hasilnya tak ada pulak dalam simpanan. Takperlah nanti akan kucarik dan kupost .


1. Gulungkan daun pisang memanjng begini.

2. Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos








3. Rupa beras yang setelah dibasuh dan ditos










4. Susun daun-daun pisang kedalam periuk secara bersilang2.




5. Merebus lontong ini memakan masa yang amat panjang. Kurang-kurang 5-6jam.

KRIM KARAMEL



(Post Gambo dulu...resepi later erk)

AKU KEMBALI....

Aduhai sibuk sangatkah aku ni erk. Apa nak crita ya. Since la nie PM sibuk suh bercucuk tanam. Teringat akan Kebun Abah yang dilaman tu.


Sunday, December 16, 2007

TEMPAHAN SYIKIN WANGSA MAJU

Alhamdulillah dapat juga menyiapkan tempahan sahabat di www.wanitamelayu.com adik Syikin dari Wangsa Maju pada cuti Hari Jadi Sultan Selangor yang lalu (11/12/2007).

Pastel kaler ha.......kerja-kerja pengisingan sedang berjalan.....


















Syikin nakkan "tema" warna-warni cam 'BUTTERFLY'

















LAMANYA BERTAPA

Aduh lama sungguh pertapaanku kali ini.....hampir setahun lamanya. Banyak perkara yang dah berlaku kat aku nie. Bukanlah tak elok. Yang bagus dan yang positif.
Alhamdulillah.....minat memasak ku kini makin menjadi2. Nampaknya kini sudah mula menerima tempahan. Walau sibuk dengan tugas-tugas dipejabat tapi masih dapat membahagikan masa dengan main jika menerima tempahan. InsyaAllah di posting yang akan datang akan kumasukkan jualan ku itew....Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.

Monday, January 15, 2007

CUP CAKES/MINI MUFFIN



Minggu lepas hadiahkan cup cakes nie buat sahabat Nilam/Arjuna sempena kenduri doa selamat depa. Selamat Pengantin baru no. Resepi yang diguna sama seperti Mini Muffin sebelum nie cuma bagi perasa oren saya gunakan kulit limau & jus oren tersebut. Inilah hasil pertama saya Chocolate/Orange Cupcakes/Muffin.

Untuk Icing :1/4 cawan - Krimwell
1/4 cawan - Shortening
2 cawan - Gula Icing (Diayak)

Cara2 :
1. Pukul Krimwell & Shortening hingga sebati
2. Kemudian masukkan Gula Icing
3. Putar lagi hingga sebati.

Pastu masukkan dalam piping bag. Pipelah ikut citarasa memasing. Leh tabur colour rice ke chocolate rice. Adunan icing di atas mencukupi untuk pipe 30biji cup cakes.

Thursday, December 14, 2006

CHOCOLATE MINI MUFFIN






CHOCOLATE MINI MUFFIN

Bahan A
2 cawan susu full cream suam
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
1 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla


Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
Cara-caranya :
1. Panaskan kukusan
2. Cairkan mentega dalam susu suam.
3. Kacau semua bahan A supaya sebati.
4. Masukkan kedalam bahan B. Kacau rata.
5. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
6. Susunkan acuan kertas paling ekcil [acuan almond london ]dalam petitin yg paling kecil.
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas.
8. Kukuskan selama 15 minit dengan api sederhana.
9. Sejukkan dan hidangkan.
(RESEPI SUMBANGAN KAK HANILIEZA....TERIMAKASIH KAK)

Monday, December 11, 2006

BLACK PEPPER ROAST


Terima kasih buat Kak Sya di atas sumbangan resepi yang tersebut.

Bahan-bahannya
1 ekor - Ayam
2 sudu - Lada Hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu - lada sulah
Sedikit Garam
Sedikit Mentega untuk sapuan


Ayam dibersihkan luar dan dalam
2. Sapukan ayam dengan campuran lada,garam & mentega kebadan ayam
- masukkan tangan antara kulit & isi ayam
- longgar3kan kulit & isi ayam & sapukan mentega berlada antara kulit & isi ayam
(Diamkan 1 jam - bakar dalam oven)
3. Dulang pembakar diletak air setinggi 1cm
(air tersebut adalah air rebusan tulang2 ayam & kaki ayam)
4. Letak ayam dalam dulang berisi air tersebut (bertujuan supaya ayam tak kering)
Nota : masa bakar ayam tu sesekali .. dlm 10 minit, guna brush amik jus dan minyak ayam yg menitis tu dan beruskan atas ayam tu

Untuk Mashed Potato
Cara-caranya :
- Kentang dikupas dan direbus
- Panas-panas tu diangkat& tos dan dilecek
- Gaulkan bersama mentega 2-3 sudu
(Panduan 1biji kentang bersama 1sudu kecil mentega)
**Kena buat panas baru dia mesra dengan mentega. Pastu nak cantik scooplah ngan ice-cream scoop.

Brown sauce (untuk dicurah di atas ayam setelah dipanggang)- Lepas memanggang amik minyak dan jus dr memanggang tadi
- Masukkan mentega dlm kuali
- Kemudian masukkan bawang besar
- Kemudian masukkan tepung gandum
- Bila tepung tu dah serata ngan mentega tu, masukkan air rebusan ayam perlahan-lahan sebanyak semangkuk
- Tepung utk memekatkan letak 2-3 sudu besar
(Hasil utk semangkuk sauce)
- Biarkan mendidih
- Lepas mendidih sejukkan sikit... blend
- Lepas blend masukkan semula dalam kuali dan kacau
masukkan sos worcestershire dan sedikit sos tiram serta garam
masukkan jua cendawan butang jika suka
- lepas blend masukkan lada hitam jugak utk jadikan black pepper sauce

Untuk sayuran...bolehlah guna ikut selera sendiri. Kat gambar nie...contoh jerk









CHICKEN SOUP

Bahan-bahannya :1) satu biji bawang besar putih
2) semangkuk isi ayam rebus yg dah dipotong kiub
3) satu batang celery
4) sedikit thyme/oregano
5) tepun dlm 1/4 cawan
6) mentega
7) cream (Whip Cream)

Cara-caranya :
- cairkan mentega masukkan bawang & celery
- masukkan tepung dan kacau.
- Bila mentega dah sebati ngan tepung baru masukkan air rebusan ayam kira2 satu liter
(Biarkan mendidih)
*** kalau tak cukup pekat masukkan tepung sedikit lagi
- kemudian sejukkan dan blend serta tapiskan
Bolehlah dihidangkan…

Wednesday, December 06, 2006

PIZZA TOTILLA GORENG

PIZZA TOTILLA GORENG
Bahan Utama :
Roti Totilla @ Roti Pita
Mentega
Sos Tomato @ kalau suka leh guna sos spageti yg dlm botol tu

Cheese (yg keping2 tu pun ok)


Topping :
Bawang, Tomato, Sosej, Ayam (digoreng dahulu)
** Topping boleh ikut citarasa sendiri.
Cara-caranya:
1.Masak dulu topping
2.Sapu mentega & sos tomato atas roti totilla
3.Tabur toping
4.Amik cheese chedder-siat2 atas toping
5.Letak atas pan - hidupkan api dan tutup
6.Lepas 3minit agak2 cheese dah cair bolehlah diangkat


Terimaksih buat Puanpunya resepi Kak Sya. Muahhhh…

KRIM CHEESE AMT

KRIM CHEESE AMT
Bahan-bahannya :
Krim cheese - 250gm
Susu Pekat (Ikut suka, kalau nak manis lebihlah)
Whip Krim (Pun ikut kebasahan…..)
Buah-buahan dalam Tin
Jelli (SUMI ke atau yg sewaktu dgnnya)

Cara-caranya :
1.Krim Cheese pukul dgn Susu Pekat (Hingga Sebati)
2.Masukkan buah campuran & Jelli
3.Kendian masukkan Whip Krim (Ikut basah)

Selesai….kalau sejukkan lagi syahdu…….



Makasih KSYA untuk resepi nan syahdu ini.

Thursday, November 16, 2006

PUDING PELANGI


PUDING PELANGI

Bahan2nya

2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus 13 g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana (guna 4 pun ok gak)
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya..

Caranya

Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...

Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...

Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...