Showing posts with label TEMPAHAN RAKAN. Show all posts
Showing posts with label TEMPAHAN RAKAN. Show all posts

Saturday, June 1, 2013

CUTI SEMPENA KEPUTERAAN RASMI BAGINDA

Sempena cuti Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV Almu'Tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, seperti biasa sibuk di C'Manis menyiapkan tempahan rakan. Alhamdulillah semuanya dapat dilaksanakan tepat pada waktu yang dijanjikan. Terimakaseh buat pembantu yang bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan baik.

Terimakaseh buat saudara Zainudin Suleiman & Pn Ella untuk tempahan kek harijadi 6 in 1. Hehehehe...semuga bergumbira menyambut harijadi beramai ramai.

Kek Harijadi 6 in 1


Terima kaseh jua buat saudara Sharol Azam dan isteri di atas tempahan untuk sambutan harijadi anakandanya.
Siap mengikut waktunya....

Cream Puff, Mini Choc Cips Muffin, Apam Polka Dot & Choco Ball

Quinche Mushroom Chicken & Mini pizza


Friday, May 31, 2013

Selamat Bertunang ZARYN....

Kek "edible image" permintaan pelanggan untuk majlis pertunangan. Kek akan dibawa Kuantan untuk majlis pertunangan mereka. Semuga selamat di jalanan dan segalannya berjalan dengan baik dan lancar.



Thursday, May 23, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN NARINA NASHA

Seorang sahabat lama meminta supaya saya menyediakan kek baldu merah (red velvet) buat anakandanya Narina Nasha sempena ulangtahunnya yang ke 18. Disamping itu beliau menempah juga "mini pizza" buat dihantar ketempat kerja anakandanya itu untuk dinikmati bersama rakan sekerja.




Sunday, January 20, 2013

Red Velvet Cake (RVC)

Alhamdulillah...tahun 2013 dimulai dengan tempahan yang diterima dari rakan untuk Red Velvet Cake. Nampaknya sambutan RVC ni maseh berterusan. Terimakaseh atas sokongan sahabat handai.




Monday, January 7, 2013

DURIAN CREPE (DC)

Durian...durian..durian....penggemar durian tentu tak akan melepaskan peluang untuk merasai keenakan Durian Crepe  ni. Malathop tahun lepas terus maseh dibawa ke tahun ini, Alhamdulillah. Makaseh kerna maseh ada tempahan DC ni. Selagi musim durian maseh berjalan....yuk cuba rasa.....


Makaseh atas tempahan dari Cikgu Ton....


Saturday, November 24, 2012

HOKKAIDO CHIFFON CAKE

Alhamdulillah, beberapa hari setelah menjalani bengkel masakan. Sudah mulai menerima tempahan Hokkaido Chiffon Cake. Terimakaseh buat yang membuat tempahan.


Tuesday, July 10, 2012

TAMAR ALMOND BERSALUT COKLAT

Alhamdulillah akhirnya berjaya untuk membuat keluaran terkini bagi C'Manis Resources sempena menjelangnya Ramadhan yang tak berapa lama lagi. Atas permintaan rakan-rakan yang sentiasa menyokong produk keluaran C'Manis maka terhasillah Tamar yang dibuang bijinya dan digantikan dengan sebiji Almond serta dicelupkan coklat. C'Manis sudah mulai menerima tempahan & akan berterusan sehingga Ramadhan Insyaallah. Boleh hubungi saya terus ditalian 012-9418569/019-6593798 atau email rina_2433@yahoo.co.uk. untuk pertanyaan harga dan penghantaran.

TAMAR ALMOND BERSALUT COKLAT C'MANIS

Sunday, July 1, 2012

RVC BIRTHDAY CAKE

RVC maseh menjadi pilihan pelanggan-pelanggan setiaku samada untuk sambutan Ulangtahun, minum petang  atau saja-saja makan...

RED VELVET CAKE




Saturday, June 30, 2012

APAM POLKA DOT UNTUK "MEETING"

Seorang sahabat call, " ko tolong aku buatkan apam polka dot untuk aku meeting esuk.". Emmm.....short notice da.....sib baik tak sibuk bolehlah memenuhi permintaan sahabatku itu.




Sunday, June 24, 2012

SWISS ROLL STRAWBERYY

Hasil "blog walking" malam sebelumnya bertemu dengan resepi swiss roll strawberry dari blog http://resipicitarasawan.blogspot.com/2012/02/strawberry-swiss-roll.html. Terimakaseh buat tuanpunya blog di atas resepi dan cara-cara membuatnya sekali. Cantek kan....berminat....leh "oda saja"....


Akhirnya berjaya menghasilkan juga swiss roll...
Strawberry dilihat dari dekat
TADAA.......buleh dijual terus. Dah ada tuannya..

Thursday, June 21, 2012

Cream Puff, Choc Cake & RVC

Alhamdulillah untuk tempahan & terimakseh buat Pn Aida, Pn Fida & Pn Azie. Semuga menepati citarasa anda sekalian & berharap ada tempahan lagi di masa hadapan....
CREAM PUFF
CHOC CAKE
RVC BIRTHDAY CAKE

Friday, July 11, 2008

KEK COKLAT

Emmm yummmy Kek Coklat. Member sebelah ofis buat majlis perpisahan untuk rakan yang akan bertukar.


OLE-OLE KEK CAWAN

Ini tempahan terbesar kuterima untuk wedding kawan adik. Aduh...duh...leh tahan gak nak menghabiskan tempahan 1000 biji. Sib baiklah ada pembantu2 yang bermurah hati untuk membantu yang hanya mendapat upah makan tengahari. He..he....Nasi Beriyani tau....

Monday, December 17, 2007

TEMPAHAN SYIKIN WANGSA MAJU

Alhamdulillah dapat juga menyiapkan tempahan sahabat di www.wanitamelayu.com adik Syikin dari Wangsa Maju pada cuti Hari Jadi Sultan Selangor yang lalu (11/12/2007).

Pastel kaler ha.......kerja-kerja pengisingan sedang berjalan.....


















Syikin nakkan "tema" warna-warni cam 'BUTTERFLY'