Monday, December 17, 2007

TEMPAHAN SYIKIN WANGSA MAJU

Alhamdulillah dapat juga menyiapkan tempahan sahabat di www.wanitamelayu.com adik Syikin dari Wangsa Maju pada cuti Hari Jadi Sultan Selangor yang lalu (11/12/2007).

Pastel kaler ha.......kerja-kerja pengisingan sedang berjalan.....


















Syikin nakkan "tema" warna-warni cam 'BUTTERFLY'

















LAMANYA BERTAPA

Aduh lama sungguh pertapaanku kali ini.....hampir setahun lamanya. Banyak perkara yang dah berlaku kat aku nie. Bukanlah tak elok. Yang bagus dan yang positif.
Alhamdulillah.....minat memasak ku kini makin menjadi2. Nampaknya kini sudah mula menerima tempahan. Walau sibuk dengan tugas-tugas dipejabat tapi masih dapat membahagikan masa dengan main jika menerima tempahan. InsyaAllah di posting yang akan datang akan kumasukkan jualan ku itew....Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.

Tuesday, January 16, 2007

CUP CAKES/MINI MUFFIN



Minggu lepas hadiahkan cup cakes nie buat sahabat Nilam/Arjuna sempena kenduri doa selamat depa. Selamat Pengantin baru no. Resepi yang diguna sama seperti Mini Muffin sebelum nie cuma bagi perasa oren saya gunakan kulit limau & jus oren tersebut. Inilah hasil pertama saya Chocolate/Orange Cupcakes/Muffin.

Untuk Icing :1/4 cawan - Krimwell
1/4 cawan - Shortening
2 cawan - Gula Icing (Diayak)

Cara2 :
1. Pukul Krimwell & Shortening hingga sebati
2. Kemudian masukkan Gula Icing
3. Putar lagi hingga sebati.

Pastu masukkan dalam piping bag. Pipelah ikut citarasa memasing. Leh tabur colour rice ke chocolate rice. Adunan icing di atas mencukupi untuk pipe 30biji cup cakes.