Sunday, July 31, 2011

SIAKAP TOM YAM

Siang tadi En.Hubby g mancing kolam. Membawa hasil Ikan Siakap. hehehheh......Untuk dinner malam ni kami dihidang Ikan Siakap Tom Yam resepi En.Hubby.

Resepi simple dari Rn. Hubby;

Bahan-bahan :

Kiub Tomyam
Bawang Putih
Halia Muda
Bawang Besar dibelah-belah
Cili Merah dipotong dua
Sayuran (Ikut suka, En.Hubby suka kubis bunga)
Daun bawang

Cara-cara :
Tumis Bawang Putih, Halia. Masukkan kiub & Air. Hingga didih masukkan sayur & Ikan. Masukkan Bawang besar & Cili Merah.
Agak Ikan dah masak angkat & tabur Daun Bawang.Buleh dimakannnn..

SELAMAT MENJAMU SELERA

MINUM PETANG SEBELUM RAMADHAN

Petang ni minum petang ngan PUFF SARDIN dengan Kek Lapis Sarawak. Puff Sardin macam biasalah menggunakan Puff Pastry KAWAN. Lipat-lipat dan masukkan sardin je. Kek Lapis Sarawak pemberian adek yang baru pulang bercuti kesana.

PUFF SARDIN

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semuga Ramadhan kali ini kita akan dapat menempuhi dengan penuh keberkatan dari Nya. AMIN....Selamat Berpuasa.

Saturday, July 30, 2011

TOFU KUKUS SOS TIRAM

Malam ni dinner tak tau nak makan apa. Tekak ni nak makan lain dari yang lain. Wahhhhh.......semalam ada beli tofu lembut. Emmmmm....kukus ngan sos tiram sedap nih. Memang berselera sungguh dinner ku malam ni. hehheheheheh...siap hirup habis kuahnya.

YUMMY.....

BAHAN-BAHANNYA MUDAH BANGET :

1keping - TOFU LEMBUT
2 ulas - Bawang Putih
Cili Merah
Daun Bawang/Sup
Kiub Ayam (1/2 cukup)
Sedikit sos tiram
Kicap Manis
Tepung Jagung

Cara-caranya :
TOFU dikukus 5minit
Sementara tu tumiskan bawang putih,cili merah. Tuangkan sedikit air & masukkan kiub ayam, sos tiram & kicap manis.
Bancuh tepung jagung dengan sedikit air & masukkan (untuk memekatkan kuah)
Buka kukusan, curahkan bahan tumisan & bulehlah dihidangkan.

**BULAN PUASA NIH BUAT SAHUR SEDAP NIH...

Friday, July 29, 2011

CARROT CAKE LAGIII.....

Dalam sibuk org yang dirumah menonton bolasepak, ku mengambil kesempatan untuk mengkarot kan kek ku. Rasa nak makan sendirilah....

yummmy......

Thursday, July 28, 2011

KEK KUKUS VELVET HAW FLAKES

Teringat waktu sekolah dulu-dulu bilaman gemar sangat makan "haw flakes ni. Tak silap dulu saiznya kecik je, adalah besar duit 20sen. Tapi kini untuk tujuan pembikinan kek saiznya dah sebesar syiling 50sen. Haw Flakes kini seperti dibawah.
HAW FLAKES

Sewaktu "blog walking" maka ternampaklah resepi Kek Kukus Velvet Haw Flakes ni. Merontax ingin mencuba. Maka untuk pertama kali mencubanya. Terimakseh buat .NUR KASIH atas resepi yang senang banget ini. Sedap & Cantik.....


(RESEPI SAYA UPLOAD LATER YA ATAU JUST G LAWAT BLOG NUR KASIH)

Wednesday, July 27, 2011

Jalan-jalan Makannn

Bersama teman mencubaSEKINCHAN IKAN BAKAR....emmmm untukku, bulehlah. Selepas perut pun dah kenyang jalan-jalan cari Deghoyan. Singgah sebentar kat belakang Quality Hotel. Pekena Deghoyan & bawak balek sikit untuk dibawa pulang. Nak buat kek Deghoyan.

Ikan Bakar Pari & Pencicah & sayuran campur bakar

3 sekawan...IOI, D24 & Musang King

DURIAN ALMOND CAKE

Durian sana, durian sini. Dalam duk fikirx apa nak dikerjakan durian yg berlambak nih.....hehheheh jalan-jalan blog rakan terjumpa resepi ni. Den torai Mat Gebu ya. Makaseh for the lovely recipe. Bila dibakar, mak aiiii baunya seantero rasanya semerbak.
Baru keluar Oven.....
Emmm yummmyy



BAHAN-BAHANNYA :

125gm - Mentega
100gm - Gula Castor
2 Biji - Telur (Grade A)
150gm - Tepung Gandum
3/4 camca - Baking Powder
40gm - Serbuk Badam
35ml - Susu Cair
150gm - Durian (dilecek halus)
Badam - Hiasan

Cara-caranya :
1. Panaskan Oven (mengikut oven memasing ya)
2. Satukan tepung yang diayak dengan badam
3. Putar mentega & Gula hingga gebu. Kemudian masukkan telur satu persatu hingga kembang. Masukkan durian dan putar sebati.
4. Perlahankan speed & masukkan tepung + serbuk badam berselang seli dengan susu hingga habis. Putar rata.
5. Tuang dalam bekas & taburkan kepingan badam.
Bakar dlm masa 50min- 1jam mengikut oven masing2.

SELAMAT MENCUBA YA SAHABAT KU SEKALIAN

Tuesday, July 26, 2011

KEK CARROT LAGI...

Kek Carrot lagi untuk majlis Tahlil& Doa selamat bekas pelajar SMSA. Resepi leh dapat kat SINI ya.

Monday, July 25, 2011

TALAM TAKO

Terima kaseh buat sahabat ku Pn.Saliza Sharif yg berada nun di Ipoh sana kerana menghadiahkan ku resepi yang sedap banget nih. Kupersembahkan hasilnya dan sungguh sedap sekali.

BAWAH - HIJAU
8 cwn air daun pandan lebih kurang drp 10-13 helai daun pandan
1 cwn tepung kacang hijau
1 1/2  cwn  gula
sedikit garam
1 camca teh baking powder

KEPALA - putih

6 cwn santan - lebih kurang dari 1 biji kelapa
3/4 cwn gula
1/2 cwn tepung kacang hijau
sedikit garam
1/2 camca teh baking powder

cara2nyer...

1. campur semua bahan hijau  kemudian masak sampai pekat n bunyi blup blup blup
kemudian tuang dlm bekas...

2. masak untuk putih... sama macam hijau...dah siap tuang atas warna hijau.

siap sedia untuk makan...

Sunday, July 24, 2011

MAJLIS TAHLIL& DOA SELAMAT BEKAS PELAJAR SMSA

Jam 3 petang nanti majlis Tahlil & Doa selamat akan berlangsung di sekolah ku dahulu. SMSA atau kini dikenali dengan nama SMK SAAS. Majlis anjuran bekas pelajar SMSA. Dikesempatan itu sempat untuk membuat beberapa juadah untuk petang nanti.

TADAAAA.....

KUIH TAKO RESEPI SUMBANGAN SAHABAT PN.SALIZA

CARROT CAKE

TRIO MARBLE CAKE, RESEPI SUMBANGAN MAT GEBU

Friday, July 22, 2011

MAKAN-MAKAN

Hari ini bersama adek beradek,ipar duai serta ayahanda bonda kami nak buat kenduri sekeluarga sempena nak menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Pagi lagi telah kepasar untuk membeli segala macam keperluan yang berkaitan.
Antara menu malam ini ialah Ikan Kerapau sweet & sour, Ikan Siakap Stim, Tomyam Campur, Sayur Goreng Campur & Sambal Tumis Petai. Segala urusan memasak akan dimulai petang nanti.......la ni nak lepakx jap mentara menunggu petang. Sementara tu bulehlah "blog walking" teman-teman untuk menjengukx resepi Ikan Sweet sour..Emmmmmmmm.......

Thursday, July 21, 2011

BANANA PUFF

Berkira-kira apa yang nak dibuat untuk bekpes esuk. Tempohari sewaktu "blog walking" ternampak Puff ni...tiffin biru Mat Gebu. Mohon ya untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain juga.
Tadaaa......tak secantek "mat" punyalah
Contoh puff pastry
Intinya hirisan pisang, gula perang & cheese

Siap sedia untuk dibakar

Tadaaaa......panassss....panassss

BAHAN-BAHANNYA :
1 PACKET puff pastry (ada 10 keping 4" x 4")
Hirisan pisang emas secukupnya (anggaran utk 10keping pastry dlm 4biji)
Sedikigula perang
Keju Cheddar - Dalam 4-5 keping dihiris
Kuning Telor untuk dia sapu

CARA-CARANYA :
1. Ambil 1 keping puff pastry, buat satu garisan antara bucu pada puff pastry. Kemudian kelar seperti dlm gambar di atas. Terbalikkan puff & susun hirisan pisang, taburkan gula & taburkan cheese.
2. Lipat & tekankan dengan garfu. Susunkan dalam loyang.
3. Sapukan kuning telur & bakar asuhu 190'C (Masa 25-30)..

SELAMAT MENCUBA UNTUK HIDANGAN KELUARGA.

Wednesday, July 20, 2011

KEK CARROT

Lama sudah tak membuat kek carrot ni. Kali ni mencuba resepi yang kuperolehi di MyMy Resepi. Tq to newbie 123 for the lovely resepi. Hasilnya tidak menghampakan. Sungguh lembut & gebu. Ketika membakar aromanya sungguh mengancam.
Sepotong Carrot cake bersama "tea" untuk bekpes

Resepi yang mudah untuk diikuti oleh siapa sahaja. Tak perlu menggunakan mixer. Senang, mudah & yang paling penting "RASA" nya...

Bahan-bahan :

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara

Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.

SELAMAT MENCUBA

Thursday, July 14, 2011

APAM "CINTAMU MEKAR DIHATI"

Dah lama tak makan apam "mekar". Resepi diperoleh lama dahulu dari rakan blogger, tak ingat pulak empunya resepi. Alhamdulillah mekarnya bak mekarnya bunga ditanam. Sebab tu namanya Apam Cintamu Mekar di Hati...Bila buat dengan sepenuh hati, Insyaallah hasilnya pasti memuaskan.

"Cintamu Mekar Dihati"
Posing "mautt"

BAHAN-BAHANNYA :
3 biji - Telur
200 gm - Tepung Gandum
230 gm - Gula (Saya kira apam nih manis leh kurangkan sikit)
1tsp - Ovalet
150ml _ 100 Plus
Pewarna (Ikut suka)
Esen vanilla

CARANYA :
1. Pukul Telur, Gula, Esen & Ovalet hingga gebu
2. Masukkan tepung & pukul hingga pekat
3. Tuangkan 100Plus dan kacau sebati
4. Bahagikan 2 atau ikut berapa warna yang suka
5. Sudukan bancuhan hampir penuh ke mangkuk acuan
6. Kukus dengan suhu yang tinggi selama 15minit.

Tuesday, July 12, 2011

KEK VELVET OMBAK BERALUN (KUKUS)

Berkira-kira memikirkan apa nak buat untuk sarapan anak-anak kesekolah esuk. Jalan-jalan blog rakan & terpikat pada Kek Velvet Ombak ni. Trimakseh buat tuan punya blog http://dayangjack.blogspot.com
Saya kira hasil yang saya buat perlu diperbaiki masa ke masa. Pertama kali membuatnya begitu teruja sekali. Rasanya pehhhhh...lembut, gebu & sedap sangat....


Tiga sekawan sempat "posing"
Posing lagi
Siap berpotong untuk dibawa kerumah Bondaku.

Sunday, July 10, 2011

KEK

Permintaan dari sahabatku untuk membuatkannya "Kek Vegetarian".....Alhamdulillah berusaha untuk mencari resepi yang "vegetarian" ni. Pn Kanmani, I harap u suka.

CHOCOLATE CAKE MOIST
VANILLA CAKE

Marble Cake ni sempat diseiapkan hanya 2jam sebelum dibawa kemajlis kawan di AB.
MARBLECAKE

Saturday, July 9, 2011

APAM POLKA DOT

Tempahan dari Pn Linda dari Desa Lathania. Terimakseh daun keladi.


Friday, July 8, 2011

KEBUN ABAH

Pagi ini setelah usai menghantar anak kesekolah,menjenguk kebun abah yang diusahakan sejak beberapa tahun yang lalu. Hasilnya dah banyak kali kami rasai. Ada sayuran, belimbing buluh,nangka, pokok pisang, daun kesum & daun pandan.

Sawi Cina dah boleh dituai
Sawi Cina ditapak semaian


Pokok Terung

Adek beradek SAWI gak

Daun Kesum
Daun Pandan

Belimbing buluh

Pokok pisang

Nangka cempedak

Cekor

APAM POLKADOT lagiii....

Apam polka dot lagi untuk makan-makan bersama rakan...



Wednesday, July 6, 2011

AIS KRIM MALAYSIA


Nostalgia sungguh ais krim Malaysia nih. Kalau dulu dimanax anakx akan gemar dgn ais krim nih. Saya kira sekarang nih payah nak dapat. Kalau ada pun dah tak sepertinya. Dulunya ais krim tu dijual dek Cik Nah belakang rumah ngan harga RM0.05sen je. La ni dekat RM0.50sen satu.
Rasa teringin nak makan ais krim Malaysia maka kekedai Cik Yah beli plastik ais krim & terjadilah ais krim sirap & sarsi.