Sunday, February 17, 2013

CHOCOLATE MOIST WITH EDIBLE IMAGE

Tempahan AD-HOC dari rakan yang tak mampu ku tolak. Apapun terimakseh kerna tempahan ini ya Tuan. Harapannya anakanda Irfan bergumbira dengan Upin & Ipin.....





Saturday, February 16, 2013

Nis C'Manis: Semuga kan terus berjaya....

Nis C'Manis: Semuga kan terus berjaya....

Semuga kan terus berjaya....

Alhamdulillah setelah berpindah ke premis sendiri, rasa selesa untuk menguruskan kerja-kerja tempahan. Dengan ruang yang cukup memadai, saya berupaya melakukannya setakat ini. Syukur...Allah terus memberikan kekuatan serta kesihatan yang baik buatku untuk melaksanakan semua tugasan.
Bersama hasil Durian Crepe.

Yang sedang "ON"....Choclate Moist Cake

Apam Polka Dot in the haus....

Wednesday, February 13, 2013

PELANGGAN NAN SETIA.....MS.GWEN

Diperkenalkan oleh  Puan Nor Azizah Jaafar yang sewaktu itu teman sepejabatnya. Dari tahun 2011 sehinngga kini maseh menempah kek-kek harijadi anak-anak dan anak buahnya. Tq Gwen for all your supports. TQ to Azie jua yang memperkenalkan saya seorang sahabat yang tak pernah cerewet dan selalu menyerahkan kreativiti saya untuk design kek yang ditempah.







Tuesday, February 12, 2013

Red Velvet Cake (RVC)C

Rata-rata pengunjung dikawasan sekitar kedaiku ini maseh belum mengenali kek Red Velvet ni. Nampaknya kena adakan promosi bagi menawan hati mereka kan. Insha Allah bulan depan akan diadakan promosi bagi Ked Red Velvet ni. Sementara tu tempahan maseh terus diterima dari sahabat handai dan peminat Red Velvet..


RED VELVET CAKE.....600gm (7in dia) RM40.00

RVC Cup cakes 16pcs/Box  RM50.00


Add caption

Friday, February 8, 2013

APAM POLKA DOT

Rupanya peminat apam polka dot maseh ada. Alhamdulillah untuk tahun ini sudah menerima tempahann dan ada juga yang sudah mulai tanya-tanya harga untuk dibuat door gift majlis. Harga maseh tetap sama seperti tahun tahun yang lalu. RM25.00 untuk 50biji








Wednesday, February 6, 2013

CHOCOLATE MOIST CAKE

Chocolate Moist Cake tak jemu dimakan. Maseh "ON" sepanjang tahun dan setiap tahun permintaan amat menggalakkan. Harga maseh macam dulu-dulu juga. Harga kini RM45.00 (1 1/2kilo). Yang ada topping chocolate rice, badam tabur tu up sikit harganya. Yang penting meh cuba try test dulu Kek Coklat saya ni......pasti saya pasti tak dapat dimana-mana.....






Saturday, February 2, 2013

RED VELVET WITH EDIBLE IMAGE...cute

Saya suka gambar baby cute ni. Namanya Maryam Fatma. Menyambut Ulangtahun bersama Wan nya di Andalas. All the way maryam datang bersama Umi dan Walidnya dari Terengganu.

Untuk kek sebegini. Red Velvet (2layer) bersama Edible Image (1.5kg berukuran 9in dia.) Harga : RM95.00