Monday, August 8, 2011

BREAD BUTTER PUDING

Malam tadi sempat untuk membakar Bread Butter Puding untuk Iftar petang ni.

Untuk Iftar petang nanti....

Bahan-bahan :

Roti 10-12 keping
Susu (Fresh Milk) - 500ml
Tepung Jagung - 1sudu besar
Telur - 3biji
Gula - 4sudu besar
Esen Vanilla
Kismis untuk ditabur
Mentega

Cara-cara :
1. Sapukan roti dengan majerin dan potong-potong kecil.
2. Panaskan Oven
3. Susunkan dalam bekas yang telah disapukan mentega
4. Dalam bekas lain pukul telur, Susu, Gula, Esen Vanilla
5. Curahkan ke atas roti yang telah dipotong-potong. Biarkan dalam 10minit dan kemudian masukkan dalam Oven. Bakar dengan suhu 180-100'C (Ikut Oven) dlm masa 20-25minit

Custard :
1/2 tin - susu cair
Air Suam (Sukat 1tin susu cair)
1sudu besar - Tepung Jagung
1sudu besar - Tepung Kastad
2-3 sudu - Gula Pasir

Campurkan semua dan panaskan atas api dan sentiasa dikacau sehingga agak pekat.

Sunday, August 7, 2011

SARDINE ROLL

Puasa masuk hari ketujuh En,Hubby membuat permintaan nak makan Sardine Roll. Emmm...selakx blog kengkawan jumpa resepi di KAK WAN. Tq kak Wan untuk resepi ini. Walau rupanya taklah sehebat rupa hasil kerjatangan Kak Wan. Tapi bulehlah nak makan sendiri kan. heheheheh.

Sardine Roll...
Panehhh baru angkatt
Bahan-bahan :
300gm - Tepung Gandum
120gm - Mentega sejuk
1/2 tsp - Garam
3 tbsp - Air sejuk (Dari peti sejuk)

Inti Sardin
1 tin - Sardin
1/2 biji - Cili Merah dicincang
1/2 biji - CiliHijau dicincang
Garam & LadaSulah

Cara :
- Gaul & Ramas Tepung dan mentega sehingga menjadi seperti serbuk roti
- Taburkan garam & masukkan air
- Canai pastri mengikut saiz yang dikehendaki. Cth : setebal 3mm bersaiz 4in x 4in
- Gulungkan dan tepinya sapukan putih telur
- Sapukan kuning telur diatas pastri
- Bakar 20-30min bergantung oven..

Saturday, August 6, 2011

PARATHA APPLE PIE

Biasanya Roti Paratha makan cicah ngan curry atau dal. Tapi sejak sekarang nih melihatkan rakan blog yang pandai mempelbagaikan kegunaan Roti Paratha(KAWAN) nih. Terimakseh buat ELL untuk resepi yang unik ini.  Ayuhhh inilah hasilnya. Sempat membuatnya untuk buka hari ini. Wahhh apple pie hari niii..

Paratha Plain

Epal yang dipotong dadu

Menunggu waktu untuk dibakarrr

Tadaaaaa.......

Thursday, August 4, 2011

PECAL IKAN PARI

Makanan pebret keluargaku. Pecal Ikan Pari. Ingin memaklumkan bagi yang tak tahan perut tak digalakkan makan sebab ada cili api bercampur santan mentah. Bagi orang-orang JAWA saya kira makanan tentu biasa bagi mereka termasuklah kami sekeluarga.

Pari yang telah diketuk (mcm ayam penyek)

Pari yang dicurahkan "Santan"

Bahan-bahannya :
Ikan Pari digoreng atau dibakar
Santan (Digalakkan beli kelapa dan perah sendiri-leh guna air masak)
Cili Api
Cili Merah
Cekor (Bahan Utama)
Daun Cekor (Dihiris untuk hiasan)
Limau Kasturi

Cara-caranya :-
1. Ikan digoreng Garam sahaja (ketepikan)
2. Tumbukkan Cili Api, Cili Merah & Cekor (Mcm tumbuk sambal belavcan) + Limau Kasturi
3. Campurkan bahan-bahan tumbuk ke santan.
4. Curahkan keatas ikan pari
5. Siap sedia untuk dimakan
Sedap dimakan hanya dengan Nasi Panas

SELAMAT BERBUKA SEMUA..

Wednesday, August 3, 2011

CREAM CARAMEL

Cream Caramel kesukaan seisi keluarga terutama anak-anak & anak buah. Kalau beli di Bazar Ramadhan ada yang RM2.00-RM2.50sepotong. Hari ini mama long ada "energy"lebih sikit untuk buatkan cream caramel untuk semua.Puaslah kalian habiskan nanti ya.


BAHAN-BAHANNYA :

Karamel
200gm gula castor
120ml air

- Panaskan gula castor dan air didalam bekas (seeloknya acuan kuih)
- Biarkan sehingga gula larut, ia akan bertukar kewarna gelap
- Tak perlu dikacau, sekali sekala cuma goyangkan acuan loyang sahaja
- Bila sudah bertukar kewarna dark brown matikan api dan sejukkan

Bahan Kastard

8biji - Telur
150gm - Gula castor
1 tsp - Esen Vanilla
1 kotak(1000ml) - Susu segar (dipanaskan sedikit bersama sedikit kulit limau nipis)

Cara Penyediaan :

- Telur, Gula, esen vanilla dikacau dengan perlahan sahaja sehingga gula larut. Tak perlu dipukul kuat, cukup gula akan larut.
- Susu yang dihangatkan tadi (tak perlu menggelegak) tuangkan kedalam adunan tadi sambil dikacau. Tapiskan adunan dan tuang keatas KARAMEL yang telah dibuat awal tadi.

** Panaskan Oven terlebih dahulu bersama sebekas air (untuk tujuan steam bath)

- Letakkan acuan kedalam bekas yg berisi air panas dan bakar selama 1jam atau sehingga masak.
- Bila masak sejukkan sebentar dan masukkan kedalam peti sejuk.

SELAMAT BERBUKA SEMUA

JUS LIMAU KASTURI ASAM BOI

Memandangkan cuaca yang agak panas sekarang, rasa nak minum jus kasturi buka puasa petang nanti. Melawat blog  KAK JEE rasa terbekenan untuk mencuba. Pagi-pagi dah kepasar mendapatkan yang berkenaan. Balek rumah terus proses...huhuhu...tak dapat nak try test....hehehhehehe, agak-agak jelah.

LIMAU KASTURI DIBELAH-BELAH

ASAM BOI

BLEND SEMUANYA

TADAAA.....DAPAT 2 BEKAS

Bahan2nya untuk satu gelas.
(Terima kaseh KAK JIE atas resepi ini)

sebiji limau kasturi
dua biji asam boi
gula secukup rasa
air setengah gelas
ais

Tuesday, August 2, 2011

LEPAT PISANG

Masuk hari kedua berpuasa terasa nak makan lepatlah pulak. Buat sendiri memang puas, dengan rasanya yg buleh melebihkan pisang. Pisang emas ada setandan, apa g........sementara menunggu nak ambil anakanda dari sekolah, kita melepat dulu ya.
Pisang emas dibawa belayar.....

Siap sedia untuk dilepat

TADAAAA.....siap sedia untuk dikukus

Lepat sedang dikukus....

Sementara dikukus, waktu untuk nak ambil anakanda dulu. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA.