Lewat petang semalam Kak G menalipon minta untuk dibuatkan kek cawan 100biji bersama aising. 50biji beraising warna jambu merah dan 50biji berwarna biru. Menurut kak G kek cawan tersebut akan dibawa ke suatu majlis meraikan pasangan mualaf di Gold Coast morib.
Showing posts with label CUP CAKES/MUFFIN. Show all posts
Showing posts with label CUP CAKES/MUFFIN. Show all posts
Friday, April 12, 2013
Wednesday, February 13, 2013
PELANGGAN NAN SETIA.....MS.GWEN
Diperkenalkan oleh Puan Nor Azizah Jaafar yang sewaktu itu teman sepejabatnya. Dari tahun 2011 sehinngga kini maseh menempah kek-kek harijadi anak-anak dan anak buahnya. Tq Gwen for all your supports. TQ to Azie jua yang memperkenalkan saya seorang sahabat yang tak pernah cerewet dan selalu menyerahkan kreativiti saya untuk design kek yang ditempah.
Tuesday, December 25, 2012
MAJLIS MEMPERKENALKAN C'MANIS...
Alhamdulillah tanggal 25hb Disember 2012 berlangsung majlis memperkenalkan syarikat kepada rakan. Majlis berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran rakan taulan serta saudara mara.
![]() |
| DENGAN RASMINYA C'MANIS BEROPERASI |
![]() |
| IMPIAN JADI KENYATAAN |
![]() |
| GOODIES UNTUK TAMU |
![]() |
| ANTARA RAKAN JPW YG HADIR |
![]() |
| RVC SUMBANGSIHKU... |
![]() |
| DURIAN CREPE UNTUK SEMUA |
![]() |
| CARROT CUP CAKE |
![]() |
| RVC CUPPIES |
Friday, June 17, 2011
Monday, June 13, 2011
CUPPIES - HASLINA
Tuesday, January 16, 2007
CUP CAKES/MINI MUFFIN
Minggu lepas hadiahkan cup cakes nie buat sahabat Nilam/Arjuna sempena kenduri doa selamat depa. Selamat Pengantin baru no. Resepi yang diguna sama seperti Mini Muffin sebelum nie cuma bagi perasa oren saya gunakan kulit limau & jus oren tersebut. Inilah hasil pertama saya Chocolate/Orange Cupcakes/Muffin.
Untuk Icing :1/4 cawan - Krimwell
1/4 cawan - Shortening
2 cawan - Gula Icing (Diayak)
Cara2 :
1. Pukul Krimwell & Shortening hingga sebati
2. Kemudian masukkan Gula Icing
3. Putar lagi hingga sebati.
Pastu masukkan dalam piping bag. Pipelah ikut citarasa memasing. Leh tabur colour rice ke chocolate rice. Adunan icing di atas mencukupi untuk pipe 30biji cup cakes.
Friday, December 15, 2006
CHOCOLATE MINI MUFFIN


CHOCOLATE MINI MUFFIN
Bahan A
2 cawan susu full cream suam
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang [brown sugar]
Bahan B [kacau rata]
1 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla
Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
Cara-caranya :1. Panaskan kukusan
2. Cairkan mentega dalam susu suam.
3. Kacau semua bahan A supaya sebati.
4. Masukkan kedalam bahan B. Kacau rata.
5. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
6. Susunkan acuan kertas paling ekcil [acuan almond london ]dalam petitin yg paling kecil.
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas.
8. Kukuskan selama 15 minit dengan api sederhana.
9. Sejukkan dan hidangkan.
(RESEPI SUMBANGAN KAK HANILIEZA....TERIMAKASIH KAK)
Subscribe to:
Posts (Atom)
















