Tuesday, December 25, 2012

MAJLIS MEMPERKENALKAN C'MANIS...

Alhamdulillah tanggal 25hb Disember 2012 berlangsung majlis memperkenalkan syarikat kepada rakan. Majlis berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran rakan taulan serta saudara mara.

DENGAN RASMINYA C'MANIS BEROPERASI

IMPIAN JADI KENYATAAN

GOODIES UNTUK TAMU

ANTARA RAKAN JPW YG HADIR

RVC SUMBANGSIHKU...

DURIAN CREPE UNTUK SEMUA

CARROT CUP CAKE

RVC CUPPIES

Thursday, November 29, 2012

CHOCOLATE MOIST CAKE

Permintaan terhadap Kek Cokelat Lembap (Moist Chocolate Cake) begitu menggalakkan kebelakangan ini. Bertambah pula bila saya telah membuat  penambaikan terhadap resepi yang terkini.

KEK COKELAT LEMBAPSAIZ 8in-9in (RM45.00)


Saturday, November 24, 2012

HOKKAIDO CHIFFON CAKE

Alhamdulillah, beberapa hari setelah menjalani bengkel masakan. Sudah mulai menerima tempahan Hokkaido Chiffon Cake. Terimakaseh buat yang membuat tempahan.


Friday, November 23, 2012

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL

Setelah menjalani bengkel masakan kek & biskut selama tiga hari. Maka pada hari ini kami diraikan oleh pihak penganjur dalam satu majlis yang gilang gemilang. Terimakaseh buat pihak Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) negeri Selangor untuk majlis ini.
Gembira kerana dapat bertemu semula rakan-rakan yang menjalani bengkel tempohari. Banyak cerita yang dikongsikan. Kami bertukar-tukar pendapat dan cerita. Saya sungguh berbahagia dengan keluarga baru yang besar ini. Semuga hubungan persahabatn yang ada ini akan berkekalan sehingga bila-bila. Semuga ilmu yang telah diperolehi dapat dimanfaatkan bersama.
Terimakseh sekali lagi buat penganjur pihak JPW seluruhnya. Semuga ada lagi bengkel-bengkel yang akan datang.
Bergambar kenangan bersama Cikgu Anita (bertudung hitam)

Semuga bertemu lagi...

GRUP 1 yang sporting

Gembira bertemu semula...

Semuga persahabatan ini kan berkekalan

Bersama adinda Wan Dah yg happening

Bersama tetamu malam tu...acunnya...


Friday, November 9, 2012

BENGKEL MASAKAN KEK & BISKUT DI JPW SELANGOR

Alhamdulillah selamat menjalani kursus selama 3hari (6hb Nov-8hb Nov 2012)  di JPW (Jabatan Pembangunan Wanita) Selangor di Shah Alam. Selama 3hari telah diajar beberapa jenis kek dan biskut untuk para peserta. Bersyukur kerana dapat turut serta dan menimba ilmu. Banyak perkongsian ilmu yang telah diperolehi sepanjang tiga hari kursus berlangsung.

Kursus dari 6/11/2012 - 8/11/2012
Bersama hasil Hokkaido Chiffon cakes

Hokkaido Chiffon Cakes sedang dibakarrr

Red Velvet Cup Cakes juga ada......

Choc Cips Biscuit...rangup dan sedappp

Choc Moist Cake sedang dibakar

Bersama teman sekursus...hari terakhir...


Kenangan bersama Cikgu Anita...yang sporting

Bersama Kumpulan menghasilkan biskut
Bergambar kenangan.....

Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan 1433


Assalamualaikum semua...selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia lagi penuh berkat..


“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (QS. Al-Baqarah : 185). 


“Apabila telah tiba bulan Ramadhan maka dibukalah pintu-pintu surga, dan ditutuplah pintu-pintu neraka, dan setan-setan dibelenggu.” (HR. Muslim)


“Barang siap berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala (dari Allah) maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan barang siapa melakukan Shalat (tarawih) pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala (dari Allah) maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu).” (HR. Bukhari)

Sunday, July 15, 2012

TAHLIL & DOA SELAMAT BERSAMA RAKAN

Alhamdulillah majlis yang dirancang bersama rakan berjalan dengan baik. Terimakseh buat sahabat yang hadir dan datang bersama juadah.Majlis bersambung selepas maghrib untuk acara bacaan Yassin bersama famili members pulak. Penat tapi gembira dan bersyukur atas rezeki ini....Alhamdulillah....Untuk semua sahabat yang mengenaliku, selamat menyambut Ramadhan kali ini...


Tuesday, July 10, 2012

TAMAR ALMOND BERSALUT COKLAT

Alhamdulillah akhirnya berjaya untuk membuat keluaran terkini bagi C'Manis Resources sempena menjelangnya Ramadhan yang tak berapa lama lagi. Atas permintaan rakan-rakan yang sentiasa menyokong produk keluaran C'Manis maka terhasillah Tamar yang dibuang bijinya dan digantikan dengan sebiji Almond serta dicelupkan coklat. C'Manis sudah mulai menerima tempahan & akan berterusan sehingga Ramadhan Insyaallah. Boleh hubungi saya terus ditalian 012-9418569/019-6593798 atau email rina_2433@yahoo.co.uk. untuk pertanyaan harga dan penghantaran.

TAMAR ALMOND BERSALUT COKLAT C'MANIS

Sunday, July 8, 2012

Akhirnya.....

Melalui minggu yang amat sibuk sekali. Menjalankan proses "spring cleaning" dirumah diwaktu tempahan minggu ini yang belum masuk.Cuma sempat memahirkan diri dalam membuat proses "Egg Tart"...ok kut untuk percubaan yang baru beberapa kali.

Selesai masuk dalam acuan...

emmmm.....masukkan telur dan menanti untuk dibakar semula

akhirnya....

Sunday, July 1, 2012

RVC BIRTHDAY CAKE

RVC maseh menjadi pilihan pelanggan-pelanggan setiaku samada untuk sambutan Ulangtahun, minum petang  atau saja-saja makan...

RED VELVET CAKE




Saturday, June 30, 2012

APAM POLKA DOT UNTUK "MEETING"

Seorang sahabat call, " ko tolong aku buatkan apam polka dot untuk aku meeting esuk.". Emmm.....short notice da.....sib baik tak sibuk bolehlah memenuhi permintaan sahabatku itu.




Friday, June 29, 2012

KUAH ROJAK TERBAEKKKK

Assalamualaikum sahabat kusekalian. C'Manis melebarkan sayap perniagaan dengan mengedar Kuah Rojak terbaek abad ini. Mari cuba mari rasa. Boleh hubungi saya bila-bila masa bagi medapatkan kuah rojak berkenaan.



KUAH ROJAK

Wednesday, June 27, 2012

HARI KEUSAHAWANAN SMKSSAAS - 27 JUN 2012

Alhamdulillah  buat pertama kalinya belajar berniaga dikhalayak. Biasanya hanya menerusi FB, email & calling-calling dari sahabat. Macam mudah, tapi itu semua harga yang terindah. Hanya ini bakti yang dapat kuberikan buat sekolah yang pernah ku belajar dahulu. Berbangga kerana menjadi bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Salihuddin Abdul Aziz Shah.

Bersama jualan.....pengalaman pertama

Jualan menanti untuk dibeli....
CHOCOLATE CAKE MOIST.....
TERHANGAT DI PASARAN- "K" POP CHOC

MINI PIZZA & SWISS ROLL ANEKA

Tuesday, June 26, 2012

SIBUK MENJELANG JUALAN DI SEKOLAH

Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan baik setakat ini. Semalam dan hari ini sibuk menyiapkan untuk jualan Hari Keusahawanan di Sekolah. Rasa berbangga...hanya ini bakti yang dapat diberi buat bekas sekolahku dahulu. Aku mewakili bekas pelajar dan kawan-kawan yang pernah bersekolah sejak tahun 1982-1986. Semuga usaha murni begini dapat diteruskan dari masa kesemasa dan terus mendapat sokongan dari rakan-rakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Salihuddin Andul Aziz Shah.

Bagi yang berkesempatan dan jika berada di sekitar Shah Alam mohon singgah sebentar menjenguk kami disekolah ya.....meriahkan suasana macam kita bersekolah dolu-dolu....


ACARA  : HARI KEUSAHAWANANVENUE : SEKOLAH MENENGAH SULTAN SALIHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SEKSYEN 2, SHAH ALAMMASA : 8.30AM - 2.30PM



Sunday, June 24, 2012

SWISS ROLL STRAWBERYY

Hasil "blog walking" malam sebelumnya bertemu dengan resepi swiss roll strawberry dari blog http://resipicitarasawan.blogspot.com/2012/02/strawberry-swiss-roll.html. Terimakaseh buat tuanpunya blog di atas resepi dan cara-cara membuatnya sekali. Cantek kan....berminat....leh "oda saja"....


Akhirnya berjaya menghasilkan juga swiss roll...
Strawberry dilihat dari dekat
TADAA.......buleh dijual terus. Dah ada tuannya..

Saturday, June 23, 2012

HARI KEUSAHAWANAN SMSSAAS

|Assalamualaikum sahabat bekas pelajar SMSSAAS. Hari Keusahawanan akan berlangsung pada 27/06/2012 nanti. Kalian semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.

HAR KEUSAHAWANAN SMSSAAS - 27/6/2012
JAM 8.30am - 2.30pm



RALAT : TERDAPAT KESILAPAN PADA TARIKH DI FLYERS HARAP MAKLUM

SWISS ROLL

SWISS ROLL (RM10.00 & RM15.00)


C'MANIS  akan memperkenalkan terus Swiss Roll dengan pelbagai perasa & rupa dari masa kesemasa. Boleh dimakan bila-bila masa. Juga boleh dibuat buah tangan untuk diberi kepada rakan taulan.