Showing posts with label HIDANGAN PETANG. Show all posts
Showing posts with label HIDANGAN PETANG. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

SARDINE PUFF.....

Sardine Puff "in the haus" katanya. Mari kakak, adek, abang cuba sardine puff buatan kami di C'manis. Pasti tak rugi mencubanya. Hanya RM1.50 sahaja....Menerima tempahan juga untuk sebarang majlis. Boleh hubungi terus dengan saya kalau berminat...

SARDINE PUFF...RM1.50/pc

Saturday, March 2, 2013

BUN C'MANIS.....kat sini aje yang ada tauuu

Bun C'Manis dibakar segar setiap hari. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan bagi pelanggan sekitar Meru, Klang. Mungkin maseh ramai yang belum mengetahui bahawa C'Manis membakar rotinya setiap petang dan selepas jam 4petang boleh menikmatinya serta mendapatkannya . "FRESH FROM THE OVEN" kata orang sini...


Siap sedia untuk dibakar

Bun Coklat & Bun Kacang Merah
(RM1.00/ sebiji)

Siap pack...untuk dihantar ke Cafe sahabat


Thursday, January 10, 2013

SCONE IN THE HAUS...

Setelah penat seharian menyiapkan tempahan rakan. Terasa nak makan scone yang sudah lama tak membuatnya. Maka petang ini siaplah scone ku.....yang adoooo...





Monday, August 8, 2011

BREAD BUTTER PUDING

Malam tadi sempat untuk membakar Bread Butter Puding untuk Iftar petang ni.

Untuk Iftar petang nanti....

Bahan-bahan :

Roti 10-12 keping
Susu (Fresh Milk) - 500ml
Tepung Jagung - 1sudu besar
Telur - 3biji
Gula - 4sudu besar
Esen Vanilla
Kismis untuk ditabur
Mentega

Cara-cara :
1. Sapukan roti dengan majerin dan potong-potong kecil.
2. Panaskan Oven
3. Susunkan dalam bekas yang telah disapukan mentega
4. Dalam bekas lain pukul telur, Susu, Gula, Esen Vanilla
5. Curahkan ke atas roti yang telah dipotong-potong. Biarkan dalam 10minit dan kemudian masukkan dalam Oven. Bakar dengan suhu 180-100'C (Ikut Oven) dlm masa 20-25minit

Custard :
1/2 tin - susu cair
Air Suam (Sukat 1tin susu cair)
1sudu besar - Tepung Jagung
1sudu besar - Tepung Kastad
2-3 sudu - Gula Pasir

Campurkan semua dan panaskan atas api dan sentiasa dikacau sehingga agak pekat.

Sunday, August 7, 2011

SARDINE ROLL

Puasa masuk hari ketujuh En,Hubby membuat permintaan nak makan Sardine Roll. Emmm...selakx blog kengkawan jumpa resepi di KAK WAN. Tq kak Wan untuk resepi ini. Walau rupanya taklah sehebat rupa hasil kerjatangan Kak Wan. Tapi bulehlah nak makan sendiri kan. heheheheh.

Sardine Roll...
Panehhh baru angkatt
Bahan-bahan :
300gm - Tepung Gandum
120gm - Mentega sejuk
1/2 tsp - Garam
3 tbsp - Air sejuk (Dari peti sejuk)

Inti Sardin
1 tin - Sardin
1/2 biji - Cili Merah dicincang
1/2 biji - CiliHijau dicincang
Garam & LadaSulah

Cara :
- Gaul & Ramas Tepung dan mentega sehingga menjadi seperti serbuk roti
- Taburkan garam & masukkan air
- Canai pastri mengikut saiz yang dikehendaki. Cth : setebal 3mm bersaiz 4in x 4in
- Gulungkan dan tepinya sapukan putih telur
- Sapukan kuning telur diatas pastri
- Bakar 20-30min bergantung oven..

Saturday, August 6, 2011

PARATHA APPLE PIE

Biasanya Roti Paratha makan cicah ngan curry atau dal. Tapi sejak sekarang nih melihatkan rakan blog yang pandai mempelbagaikan kegunaan Roti Paratha(KAWAN) nih. Terimakseh buat ELL untuk resepi yang unik ini.  Ayuhhh inilah hasilnya. Sempat membuatnya untuk buka hari ini. Wahhh apple pie hari niii..

Paratha Plain

Epal yang dipotong dadu

Menunggu waktu untuk dibakarrr

Tadaaaaa.......

Tuesday, August 2, 2011

LEPAT PISANG

Masuk hari kedua berpuasa terasa nak makan lepatlah pulak. Buat sendiri memang puas, dengan rasanya yg buleh melebihkan pisang. Pisang emas ada setandan, apa g........sementara menunggu nak ambil anakanda dari sekolah, kita melepat dulu ya.
Pisang emas dibawa belayar.....

Siap sedia untuk dilepat

TADAAAA.....siap sedia untuk dikukus

Lepat sedang dikukus....

Sementara dikukus, waktu untuk nak ambil anakanda dulu. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA.

Saturday, July 2, 2011

LONTONG KARI AYAM

Lontong semalam amek kat umah embah ada lagi. So.....buatkan kari ayam. Bila dah masak tak tunggu lagi.....jemput silakan....

Friday, July 1, 2011

LEMPENG KELAPA


Hari ini nak ubah selera sikit untuk sarapan. Lempeng kelapa cich dengan sambal tumis ikan bilis. Sedar tak sedar habis berkeping-keping.

Monday, June 13, 2011

CEKODOK BILIS




Bahan-bahan :
3 cawan - Tepung Gandum
sedikit Ikan bilis
1 biji - Telu
1/2 pac - Mauripan
sedikit Taugeh
sedikit DAun Kucai
Garam secukup rasa
Air masak untuk bancuhan

Thursday, November 16, 2006

CRACKER NYSYSA













CRACKER NYSYA

Bahan-bahan :
Biskut lemak 1pack (Bisa guna 1/2 pac je)
Daging cincang (Guna Ramly pun ok)
Susu UHT - sikit jer (1cawan pun ok)
Telur - 2biji
Sedikit keju (Kalau yg siap parut tu pun cun gak)

Cara-caranya :
1) Sediakan tin pembakar
2) Lapiskan biskut lemak untuk lapisan pertama
3) Curahkan susu (bagi lembabkan biskut jerk)
4) Daging cincang*(Daging perlu dimasak dulu macam nak buat inti keripap tu)
5) Ulang 2,3 & 5 hingga selesai
6) Curahkan telur yg dipukul ke atas lapisan terakhir.
7) Kendian taburkan sedikit cheese
8) Bakar dgn suhu 160-170deg Celcius dlm masa 20minit @ kalau tenguk dah cantik warnanya bulehlah diangkat.

Emmm....selamat mencuba...walla.

****Credit to KAK SYA kerna resepi nie...muahhhhhhh. Dah jadi makanan mingguan keluarga la nie.