Showing posts with label ANEKA KEK. Show all posts
Showing posts with label ANEKA KEK. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

KEK BUAH C'MANIS

Kek Buah bagi saya adalah kek sepanjang tahun. Permintaan terhadap kek buah tidak hanya waktu Hari Raya sahaja. C'Manis bersedia menerima  tempahan untuk kek buah ini pada bila-bila masa sahaja. Untuk tahun 2013 ini C'Manis datangkan khas kek buah ini bersama bekas istimewa ini.

Kek Buah sempena Aidil Fitri datang bersama bekas hanya RM15.00 sahaja.

Tuesday, June 18, 2013

KEK KAROT BADAM (ALMOND CARROT CAKE)

Lewat tahun lepas mengikuti kelas kek dan biskut anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Selangor. Antara yang paling menjadi kegemaran saya dan pelanggan saya kini adalah kek karot badam. Rasanya cukup lembut dan gebu disetakan dengan taburan badamnya yang merata.

Bagi yang tidak menggemari krim cheese maka ini pilihan kek  karot yang sesuai. Hanya ditaburi kepingan badam.



Thursday, June 13, 2013

KEK KURMA LEMBAP C'MANIS

Buah kurma kini mudah didapati dimana sahaja. Tak semestinya di bulan Ramadhan sahaja. Pastinya peminat kek pun tak ketinggalan untuk mencuba membuat kek menggunakan bahan tambahan dengan buah kurma ini. Sudah tentu berbagai versi dan rasa akan diperolehi. Bagi pihak C'Manis, ini resepi turun temurun. Resepi istimewa dari ninda tercinta. Saya mengharapkan para pelanggan C'Manis dan penggemar kurma akan menyukai kek kurma lembap hasil tangan C'Manis




Thursday, June 6, 2013

KEK CAWAN MOIST UNTUK "DOOR GIFT"

Lewat petang kelmarin, Pn. Aida dari MSU sempat singgah di C'Manis dan membuat tempahan untuk "door gift" untuk majlis adindanya di Johor. Atas perbincangan dan persetujuan bersama maka terhasillah seperti di foto berikut.




Saturday, May 25, 2013

KEK GULA HANGUS BUAT CIK ILA...

Cik Ila memang berminat sungguh dengan Kek Gula Hangus ni. Sudah beberapa kali beliau menempahnya dari saya. Katanya tekak dia sesuai untuk kek lama nih...hehehee. Kurang berminat dengan kek moden ni katanya. Apapun saya gembira kerana Ila berpuashati dan terus menjadi pelanggan setia saya.



Sunday, May 19, 2013

KEK KAROT MINI

Kek karot (Carrot Cake) terus mendapat perhatian sahabat handai untuk dibuat makan-makan.Pastinya dengan kelazatan Cream cheese nya menjadikan kek karot sangat enak dimakan bila-bila masa sahaja.

"KEK KAROT MINI" (RM10.00/pc)

Saturday, April 13, 2013

BLUEBERRY SPONGE CAKE....

Tempahan seorang isteri buat suami tersayang untuk sambutan Ulangtahun. Buat makan-makan sendiri sahaja bersama anak-anak serta suami katanya. Semuga Puan berpuashati dengan kek yang ditempah.



Monday, March 25, 2013

Chocolate Moist "mini" C'Manis

Permintaan terhadap Coklat Moist Cake dari hari kehari semakin menggalakkan. Untuk menghargai di atas sokongan semua pelanggan, C'Manis menganjurkan harga istimewa untuk "Mini" Chocolate Moist dengan harga mampu milik. Cuma RM25.00 sahaja. Promosi selama 3bulan bermula hari ini (25/3/2013 - 2/6/2013)

RM25.00 (Berat : 1/2 kilo)
Size : Round 7in diameter
Square 7in x 7in


Sunday, January 20, 2013

Red Velvet Cake (RVC)

Alhamdulillah...tahun 2013 dimulai dengan tempahan yang diterima dari rakan untuk Red Velvet Cake. Nampaknya sambutan RVC ni maseh berterusan. Terimakaseh atas sokongan sahabat handai.




Tuesday, December 25, 2012

MAJLIS MEMPERKENALKAN C'MANIS...

Alhamdulillah tanggal 25hb Disember 2012 berlangsung majlis memperkenalkan syarikat kepada rakan. Majlis berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran rakan taulan serta saudara mara.

DENGAN RASMINYA C'MANIS BEROPERASI

IMPIAN JADI KENYATAAN

GOODIES UNTUK TAMU

ANTARA RAKAN JPW YG HADIR

RVC SUMBANGSIHKU...

DURIAN CREPE UNTUK SEMUA

CARROT CUP CAKE

RVC CUPPIES

Thursday, November 29, 2012

CHOCOLATE MOIST CAKE

Permintaan terhadap Kek Cokelat Lembap (Moist Chocolate Cake) begitu menggalakkan kebelakangan ini. Bertambah pula bila saya telah membuat  penambaikan terhadap resepi yang terkini.

KEK COKELAT LEMBAPSAIZ 8in-9in (RM45.00)


Sunday, July 1, 2012

RVC BIRTHDAY CAKE

RVC maseh menjadi pilihan pelanggan-pelanggan setiaku samada untuk sambutan Ulangtahun, minum petang  atau saja-saja makan...

RED VELVET CAKE




Thursday, June 21, 2012

Cream Puff, Choc Cake & RVC

Alhamdulillah untuk tempahan & terimakseh buat Pn Aida, Pn Fida & Pn Azie. Semuga menepati citarasa anda sekalian & berharap ada tempahan lagi di masa hadapan....
CREAM PUFF
CHOC CAKE
RVC BIRTHDAY CAKE

Friday, July 29, 2011

CARROT CAKE LAGIII.....

Dalam sibuk org yang dirumah menonton bolasepak, ku mengambil kesempatan untuk mengkarot kan kek ku. Rasa nak makan sendirilah....

yummmy......

Thursday, July 28, 2011

KEK KUKUS VELVET HAW FLAKES

Teringat waktu sekolah dulu-dulu bilaman gemar sangat makan "haw flakes ni. Tak silap dulu saiznya kecik je, adalah besar duit 20sen. Tapi kini untuk tujuan pembikinan kek saiznya dah sebesar syiling 50sen. Haw Flakes kini seperti dibawah.
HAW FLAKES

Sewaktu "blog walking" maka ternampaklah resepi Kek Kukus Velvet Haw Flakes ni. Merontax ingin mencuba. Maka untuk pertama kali mencubanya. Terimakseh buat .NUR KASIH atas resepi yang senang banget ini. Sedap & Cantik.....


(RESEPI SAYA UPLOAD LATER YA ATAU JUST G LAWAT BLOG NUR KASIH)

Wednesday, July 27, 2011

DURIAN ALMOND CAKE

Durian sana, durian sini. Dalam duk fikirx apa nak dikerjakan durian yg berlambak nih.....hehheheh jalan-jalan blog rakan terjumpa resepi ni. Den torai Mat Gebu ya. Makaseh for the lovely recipe. Bila dibakar, mak aiiii baunya seantero rasanya semerbak.
Baru keluar Oven.....
Emmm yummmyy



BAHAN-BAHANNYA :

125gm - Mentega
100gm - Gula Castor
2 Biji - Telur (Grade A)
150gm - Tepung Gandum
3/4 camca - Baking Powder
40gm - Serbuk Badam
35ml - Susu Cair
150gm - Durian (dilecek halus)
Badam - Hiasan

Cara-caranya :
1. Panaskan Oven (mengikut oven memasing ya)
2. Satukan tepung yang diayak dengan badam
3. Putar mentega & Gula hingga gebu. Kemudian masukkan telur satu persatu hingga kembang. Masukkan durian dan putar sebati.
4. Perlahankan speed & masukkan tepung + serbuk badam berselang seli dengan susu hingga habis. Putar rata.
5. Tuang dalam bekas & taburkan kepingan badam.
Bakar dlm masa 50min- 1jam mengikut oven masing2.

SELAMAT MENCUBA YA SAHABAT KU SEKALIAN

Tuesday, July 26, 2011

KEK CARROT LAGI...

Kek Carrot lagi untuk majlis Tahlil& Doa selamat bekas pelajar SMSA. Resepi leh dapat kat SINI ya.

Wednesday, July 20, 2011

KEK CARROT

Lama sudah tak membuat kek carrot ni. Kali ni mencuba resepi yang kuperolehi di MyMy Resepi. Tq to newbie 123 for the lovely resepi. Hasilnya tidak menghampakan. Sungguh lembut & gebu. Ketika membakar aromanya sungguh mengancam.
Sepotong Carrot cake bersama "tea" untuk bekpes

Resepi yang mudah untuk diikuti oleh siapa sahaja. Tak perlu menggunakan mixer. Senang, mudah & yang paling penting "RASA" nya...

Bahan-bahan :

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara

Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.

SELAMAT MENCUBA