Friday, May 31, 2013
Selamat Bertunang ZARYN....
Kek "edible image" permintaan pelanggan untuk majlis pertunangan. Kek akan dibawa Kuantan untuk majlis pertunangan mereka. Semuga selamat di jalanan dan segalannya berjalan dengan baik dan lancar.
Tuesday, May 28, 2013
BUN SOSEJ UNTUK HARI INI
BUN SOSEJ BUN SOSEJ.....kegemaran anak-anak sekeliling disini. Bila petang hari pasti mereka akan datang dan membelinya. Tak cukup satu, dua, tiga diborongnnya. hehehehe...anak-anak begitulah kan, selera mereka tak dapat dijangka. Bun sosej boleh didapati setiap hari di premis kami dengan harga RM1.00/unit.
Bun dibakar selang sehari dan boleh didapati segar dan setiap petang bolehmendapatkannyadi premis C'Manis.
Bun dibakar selang sehari dan boleh didapati segar dan setiap petang bolehmendapatkannyadi premis C'Manis.
![]() |
BUN SOSEJ RM1.00 |
![]() |
BUN SOSEJ RM1,00 |
Monday, May 27, 2013
KEK CAWAN 'BUTTERCREAM'
Petang Ahad menerima sms dari seorang pelanggan bernama Wani yang mahukan Kek Cawan I Luv U. Emmmmmm....demi memenuhi permintaannya akhirnya maka terhasillah kek cawan yang berikut. Kek Coklat Moist Cawan beserta 'buttercream'.
![]() |
KEK CAWAN 'BUTTERCREAM' |
Saturday, May 25, 2013
KEK GULA HANGUS BUAT CIK ILA...
Cik Ila memang berminat sungguh dengan Kek Gula Hangus ni. Sudah beberapa kali beliau menempahnya dari saya. Katanya tekak dia sesuai untuk kek lama nih...hehehee. Kurang berminat dengan kek moden ni katanya. Apapun saya gembira kerana Ila berpuashati dan terus menjadi pelanggan setia saya.
Friday, May 24, 2013
TART (FRUIT TART)
Sudah lama tidak menerima tempahan tart ni. Bila ada permintaan dari pelanggan rasa teruja nak membuatnya. Alhamdulillah pelangganku itu sangat berpuas hati. Permintaan dari beliau menginginkan buah kiwi dan peach sahaja untuk hiasannya.
![]() |
FRUIT TART - KIWI & PEACH |
![]() |
SIAP SEDIA UNTUK PELANGGAN |
Thursday, May 23, 2013
SELAMAT ULANGTAHUN NARINA NASHA
Seorang sahabat lama meminta supaya saya menyediakan kek baldu merah (red velvet) buat anakandanya Narina Nasha sempena ulangtahunnya yang ke 18. Disamping itu beliau menempah juga "mini pizza" buat dihantar ketempat kerja anakandanya itu untuk dinikmati bersama rakan sekerja.
Monday, May 20, 2013
DURIAN CREPE
Sunday, May 19, 2013
KEK KAROT MINI
Kek karot (Carrot Cake) terus mendapat perhatian sahabat handai untuk dibuat makan-makan.Pastinya dengan kelazatan Cream cheese nya menjadikan kek karot sangat enak dimakan bila-bila masa sahaja.
![]() |
"KEK KAROT MINI" (RM10.00/pc) |
Thursday, May 16, 2013
Selamat Hari Guru
Setiap tahun 16hb Mei sambutan Hari Guru akan disambut diseluruh sekolah di Malaysia ini. Hargai jasa Guru yang mengajar dan mendidik kita....Bersempena Hari guru juga ada yang suka untuk memberikan kek sebagai hadiah buat Guru tersayang.
Wednesday, May 15, 2013
CREAM PUFF & SARDINE PUFF
Tempahan dari seorang sahabat untuk minum petang dipejabatnya. 1pack berisi Cream Puff & sardine puff. Hopefully mereka semua akan berpuas hati.
Tuesday, May 14, 2013
SARDINE PUFF.....
Thursday, May 9, 2013
MINI MUFFIN C'MANIS
Panggilan dari seorang sahabat yang mahukan muffin untuk sambutan Harijadi di sekolah anaknya. Dia mahu yang "simple" dan mudah untuk anak-anak mengambilnya. Saya cadangkan untuk "mini muffin" ini dan beliau bersetuju sahaja dan serahkan kepada saya cara mana saya nak lakukan. Hasilnya pelanggan tersebut cukup berpuashati.
Friday, May 3, 2013
CHOCOLATE MOIST....deco..deco..decoo
Sudah lama tidak "mendeco". Bila ada permintaan dari pelanggan C'Manis cuba dan berusaha untuk memberikan persembahan yang terbaek. Alhamdulillah pelanggan berpuashati.....Walaubagaimanapun saya maseh ingin terus belajar dan maseh belajar dan mengikuti kelas-kelas yang berkaitan demi meningkat kemahiran. Semoga dengan usaha ini akan membuatkan kesemua pelanggan saya berpuashati serta berbaloi dengan Ringgit yang telah mereka keluarkan demi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Wednesday, May 1, 2013
MINI PIZZA....DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT
Seorang sahabat jauh dari Melaka, Pn. Haliza Mat menitipkan untukku menyiapkan tempahan Mini pizza buat sahabat tersayang yang akan menyambut Ulangtahunnya di sini (Shah Alam). Kami bertiga sama-sama bersahabat sejak dari sekolah rendah lagi sehingga ke sekolah menengah. Alhamdulillah ikatan persahabatan itu maseh tetap utuh dan kami saling bertukar berita walau berjauhan antara satu dengan yang lain.Selamat Ulangtahun buat Pn. Juliyah MN. Semoga kau terus diberikan kesihatan yang baek, dirahmati & diberkati selalu. AMIN..
Subscribe to:
Posts (Atom)