Friday, May 24, 2013

TART (FRUIT TART)

Sudah lama tidak menerima tempahan tart ni. Bila ada permintaan dari pelanggan rasa teruja nak membuatnya. Alhamdulillah pelangganku itu sangat berpuas hati. Permintaan dari beliau menginginkan buah kiwi dan peach sahaja untuk hiasannya.

FRUIT TART - KIWI & PEACH

SIAP SEDIA UNTUK PELANGGAN

Thursday, May 23, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN NARINA NASHA

Seorang sahabat lama meminta supaya saya menyediakan kek baldu merah (red velvet) buat anakandanya Narina Nasha sempena ulangtahunnya yang ke 18. Disamping itu beliau menempah juga "mini pizza" buat dihantar ketempat kerja anakandanya itu untuk dinikmati bersama rakan sekerja.




Monday, May 20, 2013

DURIAN CREPE

Permintaan terhadap "Durian Crepe" (DC) maseh berterusan. C'Manis maseh menerima tempahan dari pelanggan tetap serta yang baru mengenali C'Manis. Alhamdulillah saya maseh memperoleh bekalan durian dari pembekal tetap kami di Meru, Klang.

DURIAN CREPE (1pack/4kketul)

Sunday, May 19, 2013

KEK KAROT MINI

Kek karot (Carrot Cake) terus mendapat perhatian sahabat handai untuk dibuat makan-makan.Pastinya dengan kelazatan Cream cheese nya menjadikan kek karot sangat enak dimakan bila-bila masa sahaja.

"KEK KAROT MINI" (RM10.00/pc)

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Setiap tahun 16hb Mei sambutan Hari Guru akan disambut diseluruh sekolah di Malaysia ini. Hargai jasa Guru yang mengajar dan mendidik kita....Bersempena Hari guru juga ada yang suka untuk memberikan kek sebagai hadiah buat Guru tersayang.