Lewat tahun lepas mengikuti kelas kek dan biskut anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Selangor. Antara yang paling menjadi kegemaran saya dan pelanggan saya kini adalah kek karot badam. Rasanya cukup lembut dan gebu disetakan dengan taburan badamnya yang merata.
Bagi yang tidak menggemari krim cheese maka ini pilihan kek karot yang sesuai. Hanya ditaburi kepingan badam.
Tuesday, June 18, 2013
Monday, June 17, 2013
TAPAI UBI WARISAN NINDA
Tapai Ubi kini boleh diperolehi di C'Manis. Permintaan amat menggalakkkan. Alhamdulillah air tangan seorang saudara membuahkan hasil yang mana begitu digemari. Rasanya yang sungguh sedap bila dimakan sejuk-sejuk.
![]() |
Tapai Ubi - RM2.00/sebekas |
Thursday, June 13, 2013
KEK KURMA LEMBAP C'MANIS
Buah kurma kini mudah didapati dimana sahaja. Tak semestinya di bulan Ramadhan sahaja. Pastinya peminat kek pun tak ketinggalan untuk mencuba membuat kek menggunakan bahan tambahan dengan buah kurma ini. Sudah tentu berbagai versi dan rasa akan diperolehi. Bagi pihak C'Manis, ini resepi turun temurun. Resepi istimewa dari ninda tercinta. Saya mengharapkan para pelanggan C'Manis dan penggemar kurma akan menyukai kek kurma lembap hasil tangan C'Manis
Tuesday, June 11, 2013
Kelas Aneka Kek - 8/6/2013
Alhamdulillah dalam sibuk-sibuk anak-anak nak mulai persekolahan masih ada yang menyertai kelas kek tempohari. Kelas bermula dari jam 10.30pagi dan berakhir lebih kurang jam 12.30tengahari. Antara yang hadir pasangan mak saudara dan anak buah. Begitu berminat untuk mengetahui cara-cara membuat kek dengan baek dan betul.
![]() |
Kek Coklat Marble |
![]() |
Almond Carrot Cake |
![]() |
Chocolate Moist Cake |
![]() |
Pasangan mak saudara dan anak buah |
Friday, June 7, 2013
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
Pejam celik pejam celik sekejap cuti dua minggu bagi anak-anak bercuti. Tak sedar waktu yang berlalu begitu pantas. Begitu pantas juga kerja-kerja yang dijalankan di C'Manis. Untuk hujung minggu ni memenuhi permintaan pelanggan untuk majlis harijadi dengan chocolate ball C'Manis. Pn Ila nak buat makan-makan dirumah dengan menempah kek marble kesukaan keluarga. Harap semua berpuas hati dan selamat berhujung minggu....
![]() |
"CHOC BALL C'MANIS"- RM1.00/2pcs |
![]() |
KEK MARBLE - RM15.00/pc |
Thursday, June 6, 2013
KEK CAWAN MOIST UNTUK "DOOR GIFT"
Lewat petang kelmarin, Pn. Aida dari MSU sempat singgah di C'Manis dan membuat tempahan untuk "door gift" untuk majlis adindanya di Johor. Atas perbincangan dan persetujuan bersama maka terhasillah seperti di foto berikut.
Tuesday, June 4, 2013
RED VELVET CHEESE BROWNIES
Red Velvet kek atau Kek Baldu Merah memang biasa dibuat atas permintaan pelanggan. Untuk versi Brownies ni, merupakan kali pertama membuatnya . Terimakaseh buat sahabat alamaya.http://spicesjourney.blogspot.com/2013/05/red-velvet-cheese-brownies.html yang sudi memberikan resepinya. Alhamdulillah untuk hasil yang pertama kali membuahkan hasil yang memuaskan.Trimakseh buat Pn Sheila pemilik "spicesjourney" yang bermurah hati memberikan resepinya untuk ditonton dan diikuti.
Monday, June 3, 2013
ANEKA BUN
Minggu baru di bulan yang baru. Sudah pun masuk ke bulan Jun. Detik waktu yang berlalu begitu pantas sekali. Untuk minggu baru ni produk BUN seperti biasa akan di proses mula....Kerja..kerja..kerja dan kerja...
BUN CHICKEN FLOSS |
![]() |
BUN SOSEJ |
![]() |
BUN KACANG MERAH |
![]() |
DONUT GEBU C'MANIS |
![]() |
ROTI KOPI |
Saturday, June 1, 2013
CUTI SEMPENA KEPUTERAAN RASMI BAGINDA
Sempena cuti Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV Almu'Tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, seperti biasa sibuk di C'Manis menyiapkan tempahan rakan. Alhamdulillah semuanya dapat dilaksanakan tepat pada waktu yang dijanjikan. Terimakaseh buat pembantu yang bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan baik.
Terimakaseh buat saudara Zainudin Suleiman & Pn Ella untuk tempahan kek harijadi 6 in 1. Hehehehe...semuga bergumbira menyambut harijadi beramai ramai.
Terima kaseh jua buat saudara Sharol Azam dan isteri di atas tempahan untuk sambutan harijadi anakandanya.
Terimakaseh buat saudara Zainudin Suleiman & Pn Ella untuk tempahan kek harijadi 6 in 1. Hehehehe...semuga bergumbira menyambut harijadi beramai ramai.
![]() |
Kek Harijadi 6 in 1 |
Terima kaseh jua buat saudara Sharol Azam dan isteri di atas tempahan untuk sambutan harijadi anakandanya.
![]() |
Siap mengikut waktunya.... |
![]() |
Cream Puff, Mini Choc Cips Muffin, Apam Polka Dot & Choco Ball |
![]() |
Quinche Mushroom Chicken & Mini pizza |
Subscribe to:
Posts (Atom)