Pastel kaler ha.......kerja-kerja pengisingan sedang berjalan.....Monday, December 17, 2007
TEMPAHAN SYIKIN WANGSA MAJU
Alhamdulillah dapat juga menyiapkan tempahan sahabat di www.wanitamelayu.com adik Syikin dari Wangsa Maju pada cuti Hari Jadi Sultan Selangor yang lalu (11/12/2007).
Pastel kaler ha.......kerja-kerja pengisingan sedang berjalan.....
Pastel kaler ha.......kerja-kerja pengisingan sedang berjalan.....LAMANYA BERTAPA
Aduh lama sungguh pertapaanku kali ini.....hampir setahun lamanya. Banyak perkara yang dah berlaku kat aku nie. Bukanlah tak elok. Yang bagus dan yang positif.
Alhamdulillah.....minat memasak ku kini makin menjadi2. Nampaknya kini sudah mula menerima tempahan. Walau sibuk dengan tugas-tugas dipejabat tapi masih dapat membahagikan masa dengan main jika menerima tempahan. InsyaAllah di posting yang akan datang akan kumasukkan jualan ku itew....Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.
Alhamdulillah.....minat memasak ku kini makin menjadi2. Nampaknya kini sudah mula menerima tempahan. Walau sibuk dengan tugas-tugas dipejabat tapi masih dapat membahagikan masa dengan main jika menerima tempahan. InsyaAllah di posting yang akan datang akan kumasukkan jualan ku itew....Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.
Tuesday, January 16, 2007
CUP CAKES/MINI MUFFIN
Minggu lepas hadiahkan cup cakes nie buat sahabat Nilam/Arjuna sempena kenduri doa selamat depa. Selamat Pengantin baru no. Resepi yang diguna sama seperti Mini Muffin sebelum nie cuma bagi perasa oren saya gunakan kulit limau & jus oren tersebut. Inilah hasil pertama saya Chocolate/Orange Cupcakes/Muffin.
Untuk Icing :1/4 cawan - Krimwell
1/4 cawan - Shortening
2 cawan - Gula Icing (Diayak)
Cara2 :
1. Pukul Krimwell & Shortening hingga sebati
2. Kemudian masukkan Gula Icing
3. Putar lagi hingga sebati.
Pastu masukkan dalam piping bag. Pipelah ikut citarasa memasing. Leh tabur colour rice ke chocolate rice. Adunan icing di atas mencukupi untuk pipe 30biji cup cakes.
Friday, December 15, 2006
CHOCOLATE MINI MUFFIN


CHOCOLATE MINI MUFFIN
Bahan A
2 cawan susu full cream suam
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang [brown sugar]
Bahan B [kacau rata]
1 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla
Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
Cara-caranya :1. Panaskan kukusan
2. Cairkan mentega dalam susu suam.
3. Kacau semua bahan A supaya sebati.
4. Masukkan kedalam bahan B. Kacau rata.
5. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
6. Susunkan acuan kertas paling ekcil [acuan almond london ]dalam petitin yg paling kecil.
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas.
8. Kukuskan selama 15 minit dengan api sederhana.
9. Sejukkan dan hidangkan.
(RESEPI SUMBANGAN KAK HANILIEZA....TERIMAKASIH KAK)
Tuesday, December 12, 2006
BLACK PEPPER ROAST

Terima kasih buat Kak Sya di atas sumbangan resepi yang tersebut.
Bahan-bahannya1 ekor - Ayam
2 sudu - Lada Hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu - lada sulah
Sedikit Garam
Sedikit Mentega untuk sapuan

Ayam dibersihkan luar dan dalam
2. Sapukan ayam dengan campuran lada,garam & mentega kebadan ayam
- masukkan tangan antara kulit & isi ayam
- longgar3kan kulit & isi ayam & sapukan mentega berlada antara kulit & isi ayam
(Diamkan 1 jam - bakar dalam oven)
3. Dulang pembakar diletak air setinggi 1cm
(air tersebut adalah air rebusan tulang2 ayam & kaki ayam)
4. Letak ayam dalam dulang berisi air tersebut (bertujuan supaya ayam tak kering)
Nota : masa bakar ayam tu sesekali .. dlm 10 minit, guna brush amik jus dan minyak ayam yg menitis tu dan beruskan atas ayam tu
Untuk Mashed Potato

Cara-caranya :
- Kentang dikupas dan direbus
- Panas-panas tu diangkat& tos dan dilecek
- Gaulkan bersama mentega 2-3 sudu
(Panduan 1biji kentang bersama 1sudu kecil mentega)
**Kena buat panas baru dia mesra dengan mentega. Pastu nak cantik scooplah ngan ice-cream scoop.
Brown sauce (untuk dicurah di atas ayam setelah dipanggang)- Lepas memanggang amik minyak dan jus dr memanggang tadi
- Masukkan mentega dlm kuali
- Kemudian masukkan bawang besar
- Kemudian masukkan tepung gandum
- Bila tepung tu dah serata ngan mentega tu, masukkan air rebusan ayam perlahan-lahan sebanyak semangkuk
- Tepung utk memekatkan letak 2-3 sudu besar
(Hasil utk semangkuk sauce)
- Biarkan mendidih
- Lepas mendidih sejukkan sikit... blend
- Lepas blend masukkan semula dalam kuali dan kacau
masukkan sos worcestershire dan sedikit sos tiram serta garam
masukkan jua cendawan butang jika suka
- lepas blend masukkan lada hitam jugak utk jadikan black pepper sauce
Untuk sayuran...bolehlah guna ikut selera sendiri. Kat gambar nie...contoh jerk

CHICKEN SOUP
Bahan-bahannya :
1) satu biji bawang besar putih2) semangkuk isi ayam rebus yg dah dipotong kiub
3) satu batang celery
4) sedikit thyme/oregano
5) tepun dlm 1/4 cawan
6) mentega
7) cream (Whip Cream)
Cara-caranya :
- cairkan mentega masukkan bawang & celery
- masukkan tepung dan kacau.
- Bila mentega dah sebati ngan tepung baru masukkan air rebusan ayam kira2 satu liter
(Biarkan mendidih)
*** kalau tak cukup pekat masukkan tepung sedikit lagi
- kemudian sejukkan dan blend serta tapiskan
Bolehlah dihidangkan…
Subscribe to:
Posts (Atom)




