Wednesday, July 20, 2011

KEK CARROT

Lama sudah tak membuat kek carrot ni. Kali ni mencuba resepi yang kuperolehi di MyMy Resepi. Tq to newbie 123 for the lovely resepi. Hasilnya tidak menghampakan. Sungguh lembut & gebu. Ketika membakar aromanya sungguh mengancam.
Sepotong Carrot cake bersama "tea" untuk bekpes

Resepi yang mudah untuk diikuti oleh siapa sahaja. Tak perlu menggunakan mixer. Senang, mudah & yang paling penting "RASA" nya...

Bahan-bahan :

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara

Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.

SELAMAT MENCUBA

No comments: