Wednesday, August 3, 2011

CREAM CARAMEL

Cream Caramel kesukaan seisi keluarga terutama anak-anak & anak buah. Kalau beli di Bazar Ramadhan ada yang RM2.00-RM2.50sepotong. Hari ini mama long ada "energy"lebih sikit untuk buatkan cream caramel untuk semua.Puaslah kalian habiskan nanti ya.


BAHAN-BAHANNYA :

Karamel
200gm gula castor
120ml air

- Panaskan gula castor dan air didalam bekas (seeloknya acuan kuih)
- Biarkan sehingga gula larut, ia akan bertukar kewarna gelap
- Tak perlu dikacau, sekali sekala cuma goyangkan acuan loyang sahaja
- Bila sudah bertukar kewarna dark brown matikan api dan sejukkan

Bahan Kastard

8biji - Telur
150gm - Gula castor
1 tsp - Esen Vanilla
1 kotak(1000ml) - Susu segar (dipanaskan sedikit bersama sedikit kulit limau nipis)

Cara Penyediaan :

- Telur, Gula, esen vanilla dikacau dengan perlahan sahaja sehingga gula larut. Tak perlu dipukul kuat, cukup gula akan larut.
- Susu yang dihangatkan tadi (tak perlu menggelegak) tuangkan kedalam adunan tadi sambil dikacau. Tapiskan adunan dan tuang keatas KARAMEL yang telah dibuat awal tadi.

** Panaskan Oven terlebih dahulu bersama sebekas air (untuk tujuan steam bath)

- Letakkan acuan kedalam bekas yg berisi air panas dan bakar selama 1jam atau sehingga masak.
- Bila masak sejukkan sebentar dan masukkan kedalam peti sejuk.

SELAMAT BERBUKA SEMUA

1 comment:

izahdaut said...

menu musti ada bulan puasa ni kan. mahal tuuu sepotong. kdg2 dapat tak sedap lak tu.. huhu